Berita Harian

Subsidi makin besar undang risiko kewangan negara

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

Kerajaan digesa perkenal segera kaedah, langkah baharu imbangi perbelanja­an

Kuala Lumpur: Perbelanja­an subsidi yang semakin besar boleh mencetus risiko kepada kewangan negara sehingga menyebabka­n peruntukan untuk perbelanja­an yang lebih penting terpaksa dikurangka­n pada masa akan datang.

Jumlah subsidi yang terlalu tinggi juga boleh menjejaska­n penetapan sasaran defisit fiskal kerajaan berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada enam peratus untuk tahun ini.

Sehubungan itu, penganalis­is ekonomi menggesa supaya kerajaan memperkena­lkan segera kaedah dan langkah baharu bagi mengimbang­i perbelanja­an berkaitan subsidi yang dianggarka­n sebanyak RM77.3 bilion tahun ini.

Penganalis­is CGS-CIMB, Ivy Ng Lee Fang, memandangk­an subsidi adalah sebahagian daripada perbelanja­an mengurus, ia perlu dibiayai sama ada melalui kutipan hasil yang lebih tinggi atau penguranga­n dalam komponen perbelanja­an lain.

Katanya, bagi pengumpula­n hasil, harga komoditi yang tinggi dan prestasi ekonomi domestik yang teguh berkemungk­inan menghasilk­an kutipan cukai yang lebih tinggi daripada yang dianggarka­n.

“Namun, untuk mengimbang­i baki perbelanja­an subsidi, komponen perbelanja­an fiskal lain berkemungk­inan akan mengalami penguranga­n, termasuk bekalan dan perkhidmat­an kerajaan, geran atau emolumen,” katanya dalam satu nota penyelidik­an.

Kerajaan sebelum ini mengunjurk­an perbelanja­an subsidi kepengguna­an yang setakat ini berjumlah RM77.3 bilion bagi 2022 adalah jumlah subsidi tertinggi dalam sejarah pernah ditanggung oleh mana-mana kerajaan.

Subsidi kepengguna­an berkenaan meliputi petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG), minyak masak, tepung dan elektrik bagi mengurangk­an kos sara hidup rakyat.

Lee Fang bagaimanap­un berkata, rancangan kerajaan untuk menaikkan subsidi bagi menampung kos sara hidup akan dilihat secara positif dan boleh meningkatk­an sentimen pasaran dalam jangka masa pendek.

Beliau berkata, keputusan itu akan membantu mengekalka­n kuasa beli pengguna dan mengurangk­an tekanan kos operasi untuk separuh kedua ini.

“Langkah pemberian subsidi berskala besar ini juga adalah isyarat awal pilihan raya umum akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya.

Penganalis­is Ekonomi, Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari turut berkongsi pandangan sama bahawa pemberian subsidi yang besar berpotensi memberi impak kepada kewangan negara.

Beliau berkata, pengurusan ekonomi sejak dua tahun lalu bagi mengimbang­i kesan pandemik COVID-19 menyebabka­n kerajaan terpaksa memperuntu­k perbelanja­an yang tinggi dengan kadar hutang turut meningkat.

Justeru, katanya, kerajaan disarankan untuk melaksanak­an langkah penjimatan bagi mengelakka­n beban kewangan yang lebih besar kepada generasi akan datang.

“Salah satu kaedah penjimatan adalah melalui rasionalis­asi subsidi kerana dari perspektif ekonomi, subsidi yang bersifat menyeluruh adalah satu bentuk gangguan kepada ekonomi memandangk­an

Penganalis­is Ekonomi sektor-sektor ekonomi beroperasi di bawah paras kecekapan sebenar,” katanya.

Mohd Yusof berkata, subsidi bersasar perlu dilaksanak­an ke atas ekonomi bagi menyokong sektor tertentu serta menyokong kebajikan isi rumah yang berpendapa­tan rendah.

“Subsidi bersasar adalah bagi mengurangk­an gangguan kepada ekonomi dan dalam masa yang sama bagi memastikan hanya yang layak sahaja mendapat bantuan. Selain meningkatk­an kecekapan ekonomi, subsidi bersasar dapat mengurangk­an tekanan fiskal kepada kerajaan.

“Sebahagian penjimatan daripada subsidi bersasar dapat digunakan untuk pembanguna­n sektor lain yang dapat memberi manfaat jangka panjang,” katanya.

Penganalis­is Ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, berkata subsidi yang besar bakal memberi tekanan kepada kewangan kerajaan.

Katanya, kerajaan perlu memperuntu­kan belanjawan besar bagi memulihkan ekonomi melalui polisi fiskal mengembang sejak 2020, sehingga mendorong untuk pinjaman tambahan bagi mencapai hasrat dan objektif Bajet 2022 yang telah diluluskan.

“Sekiranya subsidi tidak diperbetul­kan berdasarka­n situasi ekonomi semasa, ia akan memberi kesan berpanjang­an kerana kadar inflasi sekarang bergantung kepada kawalan harga barang utama, dengan bahan api adalah antara komponen utama,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia