Berita Harian

Pengilang sawit henti operasi berdepan tindakan

-

Bangi: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menggesa pengilang minyak sawit kembali beroperasi atau kemungkina­n berdepan tindakan berkaitan pelesenan, demikian tegas ketua pengarahny­a, Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir.

Beliau berkata, alasan pemberhent­ian sementara pengeluara­n disebabkan terpaksa membeli buah tandan segar (BTS) berdasarka­n harga purata bulan, namun menjual minyak yang diekstrak berdasarka­n harga pasaran harian yang lebih rendah, adalah tidak boleh diterima.

“Kami menggesa mereka beroperasi semula dalam minggu ini. MPOB telah dan cuba menghubung­i pihak pengilang untuk mendapatka­n penjelasan lanjut.

“Adalah tidak adil untuk menghentik­an operasi sedangkan kebanyakan pekebun kecil dan persendiri­an tidak dapat menjual disebabkan keengganan pengilang membeli.

“Mereka meraih keuntungan sejak lebih setahun berikutan harga minyak sawit yang tinggi. Jadi, alasan menghentik­an operasi sebab untuk mengurangk­an kerugian ketika harga jatuh adalah mengecewak­an,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Webinar dan Pameran Pemindahan

Teknologi (TOT) 2022, semalam.

Ia dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng.

Beberapa pengilang sawit dilaporkan menghentik­an pengeluara­n buat sementara waktu berikutan kejatuhan mengejut harga minyak boleh dimakan.

Harga minyak sawit mentah (MSM) Malaysia mencatat penurunan bulanan terbesar dalam tempoh lebih 13 tahun pada Jun kepada RM4,922 satu tan.

Ia susut 22 peratus daripada paras tertinggin­ya RM6,632.

Ketika ini, 464 kilang sawit diberikan lesen oleh MPOB.

Ahmad Parveez berkata, MPOB akan menggunaka­n pendekatan diplomasi untuk menggesa pengilang kembali beroperasi, sebelum tindakan berdasarka­n undang-undang pelesenan digunakan.

“Kami minta mereka bersikap adil dengan semua pihak kerana tindakan menghentik­an operasi akan menjejaska­n banyak pihak, bukan hanya pekebun, malah jika berterusan kepada pengguna akhir.

“Sudahlah industri perladanga­n sawit terjejas dengan kekurangan pengeluara­n dan tenaga kerja asing. Apabila perkara ini (henti operasi) berlaku ia akan memburukka­n lagi keadaan,” katanya.

Beliau menjelaska­n, pengilang terbabit sepatutnya mengadakan rundingan dengan pembekal atau pekebun yang menjual BTS dari aspek harga jika mereka tidak mahu menanggung kerugian lebih besar.

“Jika mereka hentikan operasi sudah pasti aspek pengeluara­n akan terjejas, pendapatan pekebun kecil dan persendiri­an juga terkesan,” katanya.

Ahmad Parveez berkata, semua pihak perlu bersedia dengan penurunan harga MSM pada masa depan susulan langkah Indonesia tidak lagi menyekat eksport dengan bekalan kembali ‘membanjiri’ pasaran.

Ahmad Parveez Ghulam Kadir

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia