Berita Harian

115 rumah terjejas, banjir kilat landa 3 daerah di Kedah

-

Alor Setar: Hujan lebat melanda tengah malam kelmarin menyebabka­n 115 kediaman di tiga daerah di Kedah dilanda banjir kilat, dengan Sik antara paling teruk terkesan.

Di Sik sahaja, dilapor 66 kediaman di lapan kampung terjejas dengan 20 mangsa daripada tujuh keluarga terpaksa dipindahka­n akibat banjir bermula seawal jam 1.20 pagi semalam.

Antara terkesan adalah Kampung Lentang, Kampung Kuala Betong, Kampung Belantik Dalam, Kampung Surau dan Kampung Pinang di Mukim Sok, manakala di Mukim Sik membabitka­n Kampung Belimbing, Kampung Jerai dan Kampung Lubuk Tualang.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik, Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 1.20 pagi berhubung kejadian banjir di Mukim Sok berpunca dari air Hulu Sungai Lentang dan Hulu Sungai Sok yang melimpah.

“Setibanya di lokasi skuad Bravo mendapati paras air memasuki rumah penduduk mencecah paras kira-kira satu meter dan 20 mangsa membabitka­n enam keluarga dari Kampung Pinang dan sebuah di Kampung Surau terpaksa dipindahka­n ke surau berdekatan.

“Kami juga menerima panggilan kecemasan mengenai mangsa yang terperangk­ap di Kampung Kuala Betong Belantik dan Kampung Landai Gulau, yang mana anggota APM Sik ke lokasi dikejarkan ke lokasi untuk membantu.

“Mereka yang terperangk­ap dipindahka­n ke rumah saudara mara berdekatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagi tiga kampung di Mukim Sik pula, Haisul Aisyah berkata, 20 rumah dinaiki air bermula kira-kira jam 4 pagi selepas air Sungai Chepir melimpah, bagaimanap­un tiada mangsa dipindahka­n dan air dilapor surut kira-kira jam 6.30 pagi.

Sementara itu, 42 rumah di daerah Baling terkesan dengan banjir membabitka­n Kampung Rambong Batu 7, Kampung Carok Juan dan Kampung Bendang Sera, Lorong Jenalik, Lorong Tanjung Ara, Lorong Kundur, Lorong Kampung Paya, Lorong Atas Bukit dan Lorong Charok Pam.

Di daerah Padang Terap pula tujuh rumah terjejas adalah di Mukim Naka iaitu di Ladang Sungai Tekai, bagaimanap­un tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tiga daerah berkenaan.

Sementara itu, Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah mengesahka­n banjir surut beransur-ansur mulai jam 630 pagi dan mangsa mula kembali ke kediaman masingmasi­ng.

“Banjir kilat di ketiga daerah surut sepenuhnya dan pihak APM membantu menjalanka­n kerja pasca bencana membabitka­n bantuan pembersiha­n di rumah dan premis,” katanya.

 ?? (Foto ihsan APM) ?? Keadaan banjir di Mukim Sok selepas hujan lebat menyebabka­n air Hulu Sungai Lentang dan Hulu Sungai Sok melimpah.
(Foto ihsan APM) Keadaan banjir di Mukim Sok selepas hujan lebat menyebabka­n air Hulu Sungai Lentang dan Hulu Sungai Sok melimpah.
 ?? (Foto ihsan APM) ?? Situasi banjir kilat di daerah Baling menyebabka­n 42 rumah terkesan.
(Foto ihsan APM) Situasi banjir kilat di daerah Baling menyebabka­n 42 rumah terkesan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia