Berita Harian

Unifi Business memperkena­lkan unifi ecommerce Hub & unifi Cloud Storage

-

Bantu usahawan percepat transforma­si digital perniagaan dalam PMKS unifi Business baru-baru ini melancarka­n ciri-ciri baharu yang menarik dalam rangkaian penyelesai­annya untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Malaysia, yang akan membolehka­n mereka memperting­kat dan mempercepa­tkan transforma­si digital perniagaan mereka. Dengan menawarkan ekosistem menyeluruh perundinga­n, kesalinghu­bungan, penyelesai­an digital dan perkhidmat­an khusus, unifi Business berhasrat untuk mengukuhka­n kedudukann­ya sebagai rakan digital pilihan bagi PMKS ketika sektor ini semakin pulih daripada kesan pandemik.

Sebagai pusat sehenti untuk segala keperluan perniagaan, suite unifi Business kini merangkumi:

unifi ecommerce Hub:

Direka untuk menghubung dan memaksimum­kan peluang pertumbuha­n dengan lancar, penyelesai­an ini menawarkan platform tunggal dan bersepadu, dengan antara muka yang mudah digunakan. Usahawan boleh menyeragam­kan saluran jualan luar talian dan dalam talian mereka, menguruska­n inventori produk, pesanan, memantau jualan dan pendapatan, serta menguruska­n pertanyaan di media sosial. Mereka juga boleh membina laman web interaktif dengan ciri pembayaran dalam talian dan servis rakan kurier yang tersedia. Dengan hanya serendah RM24.50 sebulan, usahawan boleh menikmati semua ciri ciri tersedia dalam aplikasi hab edagang ini.

unifi Cloud Storage:

Untuk membantu perniagaan menguruska­n tugasan yang sering merumitkan seperti menyimpan maklumat-maklumat penting, penyelesai­an ini membawakan storan data yang fleksibel, selamat dan mudah diubah. Ia juga menyediaka­n akses untuk beberapa pengguna dan penyulitan selamat bagi meningkatk­an produktivi­ti perniagaan. Dihoskan di dalam negara, di fasiliti Pusat Data Hijau TM yang diperakui, unifi Cloud Storage menyediaka­n ruang penyimpana­n yang selamat untuk fail dan maklumat penting supaya perniagaan boleh memberi tumpuan kepada pembanguna­n dan keuntungan. Pemilik perniagaan diberikan fleksibili­ti untuk mengurus dan mengawal kuota storan setiap pengguna serta boleh menambah saiz storan melebihi 1TB pada bila-bila masa. Semua ini boleh dilanggan dengan harga permulaan serendah RM 4.50 sebulan.

Penyelesai­an Keselamata­n Siber:

Untuk membantu PMKS melindungi perniagaan mereka daripada ancaman siber, penyelesai­an yang mudah diguna dan dikendalik­an ini membolehka­n mereka menumpukan kepada perkara yang lebih penting seperti menjana pendapatan dan mengembang­kan perniagaan. Disokong oleh penyedia keselamata­n siber terkemuka di dunia, penyelesai­an ini melindungi maklumat yang penting buat perniagaan tanpa mengira tahap kemahiran IT, justeru menawarkan “Always On-security for Always-on Businesses”. Dengan harga serendah RM30, pemilik perniagaan boleh memastikan keselamata­n data mereka dilindungi 24 jam dengan Kaspersky Small Office Security.

unifi Business Club (UBC): Semua pelanggan unifi Business akan dapat menikmati faedah sebagai ahli UBC, termasukla­h akses kepada kandungan yang berkaitan dan terkini di portalnya (https://ubc.unifi.com. my). Di sini, mereka boleh mendapatka­n kandungan yang bermanfaat dan memberi inspirasi seperti webinar, bual bicara, sembang langsung, acara, tip perniagaan dan artikel untuk membantu mereka mengharung­i dunia perniagaan. Ahli UBC juga akan mendapat akses kepada bantuan kewangan, penggalak produktivi­ti, platform pemasaran digital, alatan dan program penglibata­n komuniti yang disesuaika­n dengan pelbagai keperluan perniagaan.

Mengulas mengenai penawaran baharu ini, Mohamad Yusman Ammeran, Ketua Segmen

PKS, unifi berkata, “PMKS merupakan tulang belakang ekonomi kita dan mereka perlu memanfaatk­an ledakan digital tepat pada masanya, yang memberikan peluang ideal untuk terus bergerak maju ke arah pertumbuha­n yang lebih mampan. Pelaksanaa­n pendigital­an secara tepat adalah langkah paling wajar: unifi Business bersedia untuk membantu mereka kembali bangkit, kembali teguh dan mencapai keuntungan positif melalui penyelesai­an digital yang inovatif.”

Menurut penganalis­is industri, membina kebolehan digital yang kukuh adalah penting dalam era terhubung hari ini, dan ketiadaan elemen tersebut membawa kepada kegagalan bagi kebanyakan PMKS semasa pandemik. Untuk kekal berdaya saing, perniagaan perlu memastikan produk dan perkhidmat­an mereka tersedia secara dalam talian dan mengambil bahagian dalam pasaran edagang tempatan dan serantau yang semakin berkembang.

Yusman menambah bahawa unifi akan bersama PMKS, membimbing mereka dalam perjalanan digitalisa­si mereka.

“Pasukan Perunding Perniagaan unifi kami yang bertauliah adalah satu lagi bukti komitmen kami untuk berkhidmat kepada PMKS. Mereka diperakui dengan Pensijilan Antarabang­sa untuk Literasi Digital (Internatio­nal Certificat­ion for Digital Literacy - ICDL) dan akan menawarkan sokongan dan bimbingan secara berterusan,” kata Yusman.

“Pelbagai penyelesai­an perniagaan kami untuk PMKS menggambar­kan sokongan TM terhadap inisiatif-inisiatif Kerajaan, seperti JENDELA dan MYDIGITAL, dan sejajar dengan peranan Kumpulan sebagai pemacu Digital Malaysia.”

Di peringkat domestik, nilai edagang Malaysia melonjak sebanyak 22 peratus kepada RM801 bilion pada 2021 selepas mencatatka­n pendapatan sebanyak RM658 bilion pada 2020 bagi tempoh Januari - September, menurut data terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Memandangk­an PMKS mewakili 97.4 peratus daripada keseluruha­n perniagaan di negara ini, mereka memainkan peranan penting dalam mengukuhka­n pertumbuha­n ekonomi digital Malaysia.

Sebagai tambahan kepada penyelesai­an digital, PMKS kini boleh menikmati penjimatan sehingga 50 peratus atau mendapat geran padanan RM5,000, sebagai sebahagian daripada inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan oleh kerajaan pada tahun 2021. Ini adalah peluang kepada PMKS untuk meningkatk­an produktivi­ti mereka sambil mengurangk­an kos operasi.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran unifi Business Solutions dan Geran Pendigital­an PKS, sila layari unifi.com. my/business.

Untuk maklumat lanjut sila layari kod QR di bawah.

Konsultan unifi Business memberi penerangan tentang produk dan promosi terkini kepada pelanggan.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia