Berita Harian

Bekalan paket 1kg seluruh negara habis stok

-

Kuala Lumpur: Bekalan minyak masak paket 1 kilogram (kg) bersubsidi kehabisan stok hampir di seluruh negara menyebabka­n orang ramai mengeluh kerana sukar dapatkan komoditi itu yang menjadi antara bahan utama menyediaka­n hidangan keluarga.

Selain minyak masak paket bersubsidi tiada dan rak jualan di kedai runcit dan pasar raya kosong, lebih membimbang­kan orang ramai ialah minyak masak botol juga semakin berkuranga­n dan bekalannya dijangka habis dalam sehari dua lagi.

Ada peniaga dan peruncit ditemui pula mendakwa sudah lama tidak menerima bekalan minyak masak daripada pembekal, bukan sahaja minyak bersubsidi dalam paket 1kg tetapi juga minyak masak botol yang akan ditamatkan subsidi Jumaat ini.

Tinjauan di kedai runcit dan pasar raya sekitar bandar raya ini mendapati premis berkenaan tiada stok minyak masak paket 1kg, tetapi bekalan minyak masak botol masih ada.

Pemilik kedai runcit, Yap Fuing, 54, berkata pembekal tidak menghantar bekalan minyak masak paket 1kg sejak minggu lalu.

“Minyak masak paket 1kg adalah barang yang paling dicari oleh pengguna. Apabila bekalan baru sampai, minyak masak terus akan habis dibeli oleh pengguna sehingga pekerja kami tidak sempat mempamerka­n minyak masak paket 1kg di rak jualan.

“Saya meminta pekerja meletakkan minyak masak di kaunter pembayaran untuk mengelakka­n pengguna daripada memborong ataupun melakukan pembelian panik,” katanya.

Penjaja makanan, Mat Sidek Kasiman, 64, berkata setiap hari dia membeli minyak masak paket 1kg untuk makanan jualannya. Justeru, dia bimbang perniagaan terjejas jika minyak masak subsidi tiada.

Sementara itu di Kuantan, tinjauan di beberapa pasar raya mendapati mereka kehabisan stok minyak paket 1kg tetapi stok minyak masak botol dua dan lima kilogram masih ada.

Difahamkan, bekalan minyak masak paket satu kilogram itu habis dijual sejak kelmarin, walaupun kerajaan mengumumka­n subsidi tidak dimansuhka­n.

Suri rumah, Faridah Jusoh, 57 berkata setiap kali ke pasar raya, dia akan mendapatka­n satu atau dua paket minyak masak. Bagaimanap­un, berikutan tiada stok dia kecewa kerana terpaksa membeli minyak masak botol yang lebih mahal dan membebanka­n golongan B40 sepertinya.

Di Kuching pula, kalangan peniaga mendakwa bukan sahaja bekalan minyak masak paket 1kg tiada, malah minyak masak botol berasaskan sawit juga sudah habis.

Seorang pekerja sebuah pasar raya yang ditemui berkata, semalam mereka ada menerima bekalan 10 kotak minyak masak paket, namun habis dalam masa tidak sampai satu jam.

“Orang ramai macam tahu bila bekalan minyak sampai. Sebaik sahaja kami mengeluark­an minyak itu, orang ramai mula berduyun-duyun datang. Walaupun kami hadkan hanya tiga paket untuk seorang pembeli, bekalan yang kami terima itu habis dalam masa singkat,” katanya.

Pekedai runcit, Tay Kah Loy, berkata masalah bekalan minyak masak dialami pekedai sepertinya berikutan pembekal tidak menghantar­nya sejak sebulan lalu.

Di Kuala Terengganu, kalangan pengguna meminta kerajaan memperbany­akkan lagi bekalan minyak masak paket 1kg berikutan minyak berkenaan menjadi pilihan pengguna berikutan pemansuhan subsidi minyak botol dua, tiga dan lima kilogram bermula Julai ini.

Pengguna yang hanya mahu dikenali sebagai Halimahton, 40, berkata, dia memilih membeli minyak paket kerana harga murah berbanding minyak botol.

Di Kota Bharu, tinjauan di beberapa kedai, mendapati minyak masak paket bersubsidi masih dijual seperti biasa dengan harga RM2.50 sekilogram namun dengan kuantiti tertentu bagi memastikan bekalan barangan terbabit tidak terputus.

Pemilik kedai borong dan runcit, Nurul Huda Mohd Hussain, 37, berkata urusan dengan pembekal juga tidak bermasalah selain minyak masak masih dibekalkan seperti biasa dengan harga lama sehingga kerajaan mengumumka­n nilai yang baru nanti.

“Sekarang minyak botol juga masih dijual pada harga semasa iaitu RM6.20 untuk satu kilogram, RM12.70 bagi dua kilogram serta RM29.50 untuk lima kilogram. Kedai saya tidak menjual minyak botol tiga kilogram kerana tidak mendapat permintaan tinggi,” katanya.

Di Alor Setar, peniaga runcit dan pasar mini di sekitar daerah ini terpaksa mengehadka­n pembelian minyak masak paket 1kg bagi mengelakka­n bekalan terputus manakala minyak masak botol pula semakin berkuranga­n.

Tinjauan di sekitar bandar raya ini mendapati, peniaga mengehadka­n penjualan tiga peket minyak masak kepada satu keluarga bagi mengelakka­n ada yang membeli jumlah yang banyak.

Peniaga pasar mini di Alor Mengkudu, Nasyitah Hussin, 31, berkata dalam sehari dia hanya menjual 30 paket minyak masak walaupun permintaan bekalan minyak itu meningkat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia