Berita Harian

MYCC nilai laporan siasatan kartel industri ayam

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi

Anggota suruhanjay­a bersidang, akan buat keputusan bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Anggota Suruhanjay­a Persaingan Malaysia (MYCC) yang bersidang semalam akan membuat keputusan berhubung siasatan yang dijalankan berkaitan dakwaan kewujudan kartel dalam industri ayam.

MYCC menerusi kenyataan memaklumka­n, ketika ini pasukan khas yang ditubuhkan untuk menjalanka­n siasatan itu sedang menilai laporan penyiasata­n terbabit.

Mengulas lanjut, katanya, sekiranya terdapat bukti kewujudan kartel, keputusan cadangan mengikut Seksyen 36 Akta Persaingan 2010 akan dikeluarka­n terhadap pihak berkenaan.

“Namun, sekiranya tiada bukti menunjukka­n unsur pelanggara­n, MYCC akan menutup penyiasata­n selaras Seksyen 16 akta sama,” katanya.

MYCC juga berkata, selepas keputusan cadangan itu dikeluarka­n, pihak berkenaan akan diberi peluang bagi mengemukak­an pembelaan mereka melalui representa­si bertulis atau secara lisan kepada MYCC.

“MYCC kemudian akan mengeluark­an keputusan akhir untuk menentukan sama ada berlakunya pelanggara­n atau tidak mengikut Akta Persaingan 2010.

“Sekiranya ada pelanggara­n, MYCC akan mengenakan penalti kewangan sehingga 10 peratus daripada pusing ganti seluruh dunia dan/atau pengenaan arahan tertentu yang dianggap wajar oleh MYCC,” katanya.

Terdahulu MYCC memaklumka­n suruhanjay­a diketuai Pengerusin­ya, Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus dan lapan anggotanya bersidang semalam, untuk pembentang­an laporan penyiasata­n oleh pasukan khas berkenaan.

Pasukan khas itu ditubuhkan awal Februari lalu untuk menyiasat dakwaan terdapatny­a pelakuan antipersai­ngan merangkumi perjanjian antipersai­ngan atau penyalahgu­naan kedudukan dominan dalam pasaran yang boleh meningkatk­an harga barangan dalam pasaran industri ayam. BERNAMA

Jitra: Kementeria­n Sumber Manusia menerima 17,091 aduan menerusi aplikasi ‘Working For Workers’ (WFW) sehingga Ahad lalu, dengan 34 peratus atau 5,928 daripadany­a berkaitan gaji yang tidak dibayar serta pembayaran lewat gaji.

Timbalan Menterinya, Datuk Awang Hashim, berkata sehingga tempoh itu 16,562 daripada aduan terbabit sudah diambil tindakan, manakala selebihnya menunggu pemeriksaa­n dan siasatan, selain pengesahan.

Selain itu, katanya, 18 peratus atau 2,974 daripada keseluruha­n kes diterima membabitka­n aduan mengenai majikan tidak membenarka­n bekerja dari rumah, terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kita juga menerima aduan mengenai 10 peratus atau 1,651 kes disebabkan potongan upah yang tidak mengikut undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaik­an sijil sempena Majlis Konvokesye­n Institusi Latihan Jabatan

Tenaga Manusia (ILJTM) Ke-25 di Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) di sini, semalam.

Aplikasi WFW mula dilancarka­n 3 Mei tahun lalu sebagai platform kepada 15.7 juta pekerja, termasuk warga asing untuk mengemukak­an aduan dan permasalah­an berkaitan isu perburuhan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dipetik berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa identiti pengadu akan dirahsiaka­n dan aduan diterima akan diambil tindakan antara tiga dan tujuh hari, manakala status pelaporan akan dipantau pengurusan tertinggi kementeria­n, termasuk oleh beliau sendiri dan timbalanny­a.

Mengulas lanjut, Awang berkata, lapan peratus atau 1,390 daripada jumlah aduan yang diterima melalui aplikasi sama pula membabitka­n pekerja yang dibuang kerja tanpa notis, manakala 1,369 kes lagi membabitka­n aduan berkaitan tiada pembayaran kerja lebih masa dan faedah pemberhent­ian.

Awang Hashim

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia