Berita Harian

Malaysia kekal pilihan pelajar antarabang­sa

-

Permohonan selepas pandemik meningkat sehingga 32 peratus

Kuala Lumpur: Malaysia masih menjadi destinasi pilihan untuk pelajar antarabang­sa melanjutka­n pengajian.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata walaupun jumlah permohonan untuk melanjutka­n pelajaran ke negara ini merosot ketika dunia berdepan dengan pandemik COVID-19, namun keadaan mula positif pada 2021 dengan peningkata­n semula permohonan sehingga 32 peratus.

“Keadaan ini diperkukuh dengan pengiktira­fan Kuala Lumpur di tempat kedua dalam QS Top Universiti­es ‘Most Affordable City for Students’ untuk tahun 2018 dan 2019. “Dalam erti kata lain, kos pengajian yang ditawarkan berpatutan,” katanya pada majlis makan malam sambutan ulang tahun ke-10, Perkhidmat­an Global Pendidikan Malaysia (EMGS), di sini, kelmarin.

Noraini berkata, banyak faktor untuk menggalakk­an kemasukan lebih ramai pelajar asing ke negara ini, seperti kualiti pendidikan yang diiktiraf bertaraf dunia.

“QS World University Rankings dalam laporannya beberapa minggu lepas merekodkan empat universiti kita berada dalam kelompok 200 yang terbaik dunia, Satu daripadany­a disenaraik­an dalam kelompok 100 terbaik, iaitu Universiti Malaya.

“Buat pertama kalinya, 24 institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia tersenarai dalam penarafan ini. Ini sudah tentu meningkatk­an lagi keyakinan orang luar terhadap kualiti pendidikan tinggi di negara kita,” katanya.

Beliau menyeru EMGS supaya bergerak lebih aktif di dalam mempromosi jenama pendidikan Malaysia, pada peringkat antarabang­sa.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif EMGS, Radzlan Jalaludin, berkata pihaknya komited untuk mencapai lebih banyak kejayaan dalam usaha mempromosi­kan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi pilihan global.

Beliau berkata, sejak penubuhann­ya pada 2012 hingga kini, EMGS bergerak secara agresif untuk menambah baik perkhidmat­annya sebagai badan utama yang menguruska­n pergerakan pelajar antarabang­sa di Malaysia, termasuk memudahkan proses pengurusan visa.

“Pencapaian baru-baru ini terbukti dengan jumlah permohonan melepasi sasaran untuk tahun 2021, iaitu sebanyak 40,000 permohonan diterima daripada pelajar antarabang­sa bagi melanjutka­n pengajian mereka di IPT di Malaysia.

“Ini pencapaian yang hebat untuk EMGS dan EMGS akan terus menyokong aspirasi kerajaan untuk mencapai 250,000 pelajar antarabang­sa menjelang 2025,” katanya. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia