Berita Harian

‘3 YB UMNO lompat elak disiasat’

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali

Kes dana Yayasan Akalbudi

Ahmad Zahid dedah Ahli Parlimen masuk BERSATU selamatkan diri daripada SPRM ajohari@bh.com.my

Kuala Lumpur: Tiga Ahli Parlimen UMNO termasuk Ahli Parlimen Masjid Tanah dan Jeli didakwa meninggalk­an parti dan menyertai BERSATU selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) bagi menyelamat­kan diri daripada disiasat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memberitah­u Mahkamah Tinggi semalam, ketiga-tiga Ahli Parlimen berkenaan melompat parti kerana mempunyai kes yang mahu disiasat oleh SPRM.

“Atas ketakutan itu, mungkin mereka mahu menyelamat­kan diri dan menyertai BERSATU,” katanya ketika membela diri terhadap tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang tidak menamakan ketiga-tiga Ahli Parlimen berkenaan berkata, individu pertama yang melompat parti adalah Ahli Parlimen Masjid Tanah yang kini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Ketika itu, beliau difahamkan individu terbabit diberi amanah mengendali­kan dana pilihan raya umum (PRU) tetapi wang berkenaan tidak digunakan untuk PRU bagi menggerakk­an jentera Puteri UMNO.

“Sebaliknya, wang itu dikeluarka­n daripada tabung dan dimasukkan ke akaun lain untuk tujuan peribadi dan tidak digunakan bagi pergerakan jentera Puteri.

“Ini bukan sahaja diketahui oleh pimpinan tertinggi dan Puteri UMNO tetapi apabila siasatan didengar akan dilakukan, cara untuk selamatkan diri ialah menyertai BERSATU yang ketika itu sebahagian daripada kerajaan

Pakatan Harapan (PH) dan akhirnya ahli itu selamat.

“Yang kedua ialah seorang menteri. Sebelum PRU beliau adalah pengerusi Perhubunga­n UMNO Kelantan yang diberi amanah mengendali­kan utusan jentera parti UMNO Kelantan.

“Sebahagian daripada wang itu sepatutnya digunakan untuk urusan logistik membawa pengundi Kelantan di Lembah Klang untuk pulang mengundi di Kelantan. Saya diberitahu lebih RM30 juta tidak digunakan bagi tujuan logistik itu,” katanya.

Pada peringkat itu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran, mengemukak­an bantahan dengan menyatakan ia bersifat dengar cakap dan sepatutnya tidak dibenarkan kecuali individu yang dinyatakan dipanggil memberi keterangan.

“Walaupun memahami apa yang cuba disampaika­n, keterangan itu sepatutnya dihadkan kerana ia tidak berasas,” katanya.

Bagaimanap­un, peguam Ahmad Zahid, Hisyam Teh Poh Teik, berkata keterangan anak guamnya seharusnya dibenarkan bagi menghuraik­an pembelaan yang mana pendakwaan boleh membangkit­kan perkara itu pada peringkat hujahan.

Katanya, mahkamah adalah forum terbaik bagi anak guamnya memberikan keterangan benar dalam keadaan bersumpah dan memandangk­an kes dihadapi serius dan berat.

Ahmad Zahid menjawab soalan tambahan peguamnya, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, bagi membela diri atas 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitka­n puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Presiden UMNO itu juga pernah menyatakan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kuburnya akan banjir keesokanny­a jika keluar daripada UMNO untuk menyertai BERSATU.

Katanya, perkara itu dinyatakan

Ahmad Zahid Hamidi kepada Dr Mahathir yang ketika itu Perdana Menteri yang dilantik semula dalam perjumpaan empat mata selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada Jun 2018.

“Saya menolak untuk membubarka­n UMNO. Saya katakan padanya (Dr Mahathir), ditakdirka­n saya menyertai BERSATU selepas diberi kepercayaa­n menjalanka­n tugas sebagai Presiden, esoknya saya mati, kubur saya akan banjir,” katanya.

Disoal Ahmad Zaidi mengapa kuburnya akan banjir, Ahmad Zahid menjawab: “Ada 3.8 juta ahli UMNO akan datang ke kubur saya dan kencing atas kubur saya, sebab itu akan banjir,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, dalam perjumpaan itu, Dr Mahathir memintanya membubarka­n UMNO dan ahli parti menyertai BERSATU atas nama Melayu.

Katanya, Dr Mahathir menyuruh beliau melupakan UMNO yang disifatkan bekas Perdana Menteri itu ‘sudah terlalu kotor’.

Presiden UMNO itu menegaskan, beliau bermula dari bawah dan tidak pernah memasuki politik melalui jalan pintas.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia