Berita Harian

‘Palsu dokumen dibuat atas arahan’

- Oleh Faris Fuad

Kes rasuah Guan Eng

Bekas pengarah tahu tindakan kesalahan jenayah berat faris.fuad@bh.com.my

Kuala Lumpur: Bekas Pengarah Consortium Zenith Constructi­on Sdn Bhd (Consortium Zenith) memberitah­u Mahkamah Sesyen semalam, beliau mengetahui tindakan memalsukan invois dan baucar bayaran adalah satu kesalahan jenayah berat, ketika perbicaraa­n kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Ketika pemeriksaa­n balas oleh peguam bela Guan Eng, Gobind Singh Deo, Ibrahim Sahari, 58, berkata tindakan itu diambil mengikut arahan Pengarah Consortium Zenith, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, serta bekas Naib Presiden Kanan Kewangan dan Perkhidmat­an Korporat Consortium Zenith, Azli Adam bagi kepentinga­n syarikat.

Bagaimanap­un, saksi pendakwaan ke-29 itu menafikan beliau bersama Zarul Ahmad dan Azli adalah dalang dalam membuat rekaan membabitka­n isu itu. Gobind: Kamu penipu dan penyangak?

Ibrahim: Tidak

Gobind: Kamu jenis ikut arahan untuk membuat kesalahan?

Ibrahim: Saya ikut arahan untuk kepentinga­n syarikat.

Gobind: Apa yang dilakukan Zarul (arahan palsukan invois), awak tidak pernah hentikan perkara itu? Ibrahim: Tidak.

Gobind: Ketiga-tiga kamu (Ibrahim, Zarul Ahmad dan Azli) dipanggil Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dirakam keterangan? Ibrahim: Ya.

Gobind: Tahu boleh dituduh di mahkamah?

Ibrahim: Ya.

Ibrahim juga memaklumka­n tidak mengetahui wang ditunaikan menggunaka­n invois dan baucar bayaran palsu diberikan kepada siapa atau tujuan apa.

Ditanya mengenai penama dikenali ‘Datuk Seri G’ (ahli perniagaan, Gnanaraja) dipercayai penerima wang itu, Ibrahim berkata, individu itu diperkenal­kan oleh Zarul Ahmad di pejabatnya.

Jumaat lalu, Zarul Ahmad memberitah­u mahkamah, beliau menggunaka­n orang tengah untuk menyerahka­n RM2 juta yang diberi nama ‘coklat’ kepada Guan Eng kerana bimbang memegang wang tunai jumlah banyak.

Saksi pendakwaan ke-23 dilaporkan berkata, sumbangan itu sebahagian daripada wang permintaan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan, iaitu 10 peratus keuntungan projek syarikat dianggarka­n RM30 juta.

Guan Eng meminta beliau menggunaka­n perantara jika ingin memberikan wang itu kerana tidak mahu membabitka­n ahli perniagaan berkenaan akibat bimbang dipantau SPRM.

Susulan itu, Zarul Ahmad mencadangk­an ahli perniagaan dan ‘orang’ Barisan Nasional (BN) dikenali Gnanaraja atas faktor mempunyai kekebalan kerana mengenali Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Najib

Razak serta bekas Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu didakwa atas dua pertuduhan menyebabka­n dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang yang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut, di negeri itu.

Ahli Parlimen Bagan itu dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang di Tingkat 21 Bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017.

Guan Eng turut didakwa atas tuduhan pindaan, iaitu sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang menggunaka­n kedudukann­ya untuk menerima suapan bagi dirinya sendiri wang berjumlah RM3.3 juta dengan mengambil tindakan bagi membantu syarikat milik Zarul yang dilantik untuk melaksanak­an Projek Pembinaan Jalan-jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang yang bernilai RM6,341,383,702.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng didakwa ketika menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang meminta suapan, iaitu balasan berjumlah 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh kelak daripada Zarul sebagai upah, bagi melakukan perkara yang dicadangka­n, iaitu membantu syarikat milik ahli perniagaan berkenaan dilantik untuk projek sama.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu berhampira­n Hotel The Gardens di Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011 antara 12.30 tengah malam hingga 2 pagi.

Mengenai cek RM2 juta, Ibrahim berkata, ia ditandatan­ganinya dan seorang lagi pengarah syarikat, Wong Kai Wah sebelum Azli pergi ke bank, dengan membawa dua beg untuk mengisi wang yang akan ditunaikan.

“Selepas Azli menunaikan cek itu, beliau menyerahka­n keduadua beg mengandung­i wang RM2 juta kepada Zarul di pejabatnya di Taman Desa, di sini, pada 18 Ogos 2017. Pengeluara­n wang itu atas arahan Zarul sendiri. Saya mengesahka­n Zarul meminta wang itu untuk diserahkan kepada ‘Datuk Seri G’. Penyerahan ini dalam pengetahua­n saya,” katanya.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim, Azura Alwi bersambung 25 Julai ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia