Berita Harian

Suami, isteri langgar perintah boleh dipenjara

-

Kuala Lumpur: Suami atau isteri boleh dikenakan tindakan, termasuk dipenjara jika tidak mematuhi atau melanggar perintah Mahkamah Syariah.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang, berkata mana-mana pihak boleh diambil tindakan atas sebab menghina perintah mahkamah.

Bagaimanap­un, jika bekas suami didapati tidak membayar nafkah atau tidak mematuhi perintah persetujua­n, termasuk masa lawatan, hak jagaan seperti dipersetuj­ui atau ditetapkan, mereka boleh dikenakan tindakan termasuk dipenjarak­an.

Dalam isu berkaitan nafkah, katanya, pihak yang memohon untuk dipenjarak­an lazimnya memilih tindakan itu sebagai jalan terakhir.

“Mereka biasanya mengambil tindakan lain terlebih dahulu seperti potongan gaji, potongan daripada akaun dan sebagainya.

“Penjara adalah pilihan akhir kerana ia memberi kesan kepada pemberi nafkah dan anak, namun ia bukan bermakna bapa yang culas atau gagal membayar nafkah tidak boleh dipenjarak­an,” katanya kepada BH, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu bekas isteri ahli perniagaan, Datuk

SM Faisal SM Nasimuddin, Emilia Hanafi, yang menjalani hukuman penjara tujuh hari atas kesalahan gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah di sini, berhubung tarikh lawatan tiga anaknya.

Hukuman itu dijalankan bermula kelmarin selepas Emilia, 43, menyerah diri di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutua­n, kelmarin.

Mengenai tindakan mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara dilihat mengundang simpati masyarakat, Musa berkata, pihak

Musa Awang yang dihukum penjara oleh mahkamah tinggi syariah boleh mengemukak­an rayuan ke mahkamah rayuan syariah.

“Simpati masyarakat awam timbul jika diraih seperti membawa sepanduk dan berarak di mahkamah syariah sedangkan dari sudut undang-undang, seseorang yang dihukum penjara oleh mahkamah tinggi syariah, boleh mengemukak­an rayuan ke mahkamah rayuan syariah.

“Mahkamah Rayuan Syariah boleh meneliti semula sama ada keputusan Mahkamah Tinggi Syariah itu tepat atau tidak,” katanya.

Beliau menegaskan, perintah mahkamah syariah wajib dipatuhi seperti perintah mahkamah sivil.

“Jika tidak dipatuhi, pesalah boleh dikenakan tindakan, termasuk dipenjarak­an,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia