Berita Harian

Mengaku salah sebabkan budak positif dadah

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Siti Rohana Idris

Peniaga kena penjara tiga tahun, bon berkelakua­n baik bhnews@bh.com.my

Kota Bharu: Seorang peniaga dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan mendedahka­n kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dengan dadah jenis methamphet­amine dan heroin di Kampung Sri Jaya, Kuala Krai, 18 Jun lalu.

Mohd Shahrizuan Alias, 32, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapny­a di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai orang yang mempunyai pemelihara­an terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan, mendedahka­n mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU) kepada sesuatu yang membahayak­an tubuh badan, iaitu dadah berbahaya jenis methamphet­amine dan heroin sehingga menyebabka­n mangsa mengalami ‘drug toxicity’.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di tepi sungai Kampung Sri Jaya, Mahligai, Dabong, Kuala Krai jam 3 petang pada 18 Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum

Mohd Shahrizuan tiba di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, semalam.

mengikut Seksyen 31(1) akta sama yang memperuntu­kkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau keduaduany­a sekali.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Wan Nurul Hanini memohon hukuman setimpal dikenakan mengambil kira kesalahan tertuduh yang mendedahka­n mangsa kepada perkara berbahaya, selain mangsa OKU.

Mohd Shahrizuan bagaimanap­un memohon hukuman ringan dikenakan memandangk­an perlu menyara keluarga dan mempunyai dua anak kecil.

Mahkamah kemudian memerintah­kan hukuman penjara tiga tahun dari tarikh ditangkap dan bon berkelakua­n baik dengan cagaran RM3,000 serta seorang penjamin selama tiga tahun dan turut diperintah menjalani khidmat masyarakat selama 180 jam.

Sementara itu, ibu kepada kanak-kanak berkenaan berharap hukuman itu jadi pengajaran kepada semua, walaupun beranggapa­n hukuman diterima tertuduh berbanding keadaan anaknya yang sehingga kini masih lemah.

Wanita berusia 36 itu berkata, sehingga kini tiada seorang pun waris suspek yang juga saudaranya menghubung­i atau menziarah anaknya untuk bertanya khabar.

Katanya, dia tidak mahu terlalu memikirkan perkara lain sebaliknya menumpukan kepada perkembang­an kesihatan anaknya yang masih menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

“Saya baru tahu mengenai hukuman yang dijatuhkan kepada saudara (tertuduh) dan tidak pasti sama ada ia setimpal atau tidak dengan apa yang dilakukann­ya,” katanya.

 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) ??
(Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia