Berita Harian

Ladang Integrasi Lambor bantu tangani isu sekuriti makanan

-

Bota: Ladang Integrasi Lambor yang dibangunka­n Perbadanan Pembanguna­n Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) dapat membantu dalam mendepani dan menangani isu sekuriti makanan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC, Yahanis Yahya, berkata secara dasarnya ia dibangunka­n melalui kaedah pertanian intergasi di kawasan seluas 72 hektar merangkumi tanaman kontan, nanas dan kenaf.

Katanya, dalam usaha merancakka­n lagi pemerkasaa­n sekuriti makanan di ladang itu, Perak SADC memberikan sewaan kepada Aexis Agriventur­e Sdn Bhd untuk penanaman nanas MD2 di kawasan seluas 40 hektar, manakala lapan hektar diperuntuk­kan kepada Agrownas bagi pembanguna­n tanaman sama.

“Bagi tanaman kontan seperti terung, cili dan jagung yang akan dimajukan oleh enam pekebun kecil terpilih membabitka­n kawasan seluas 24 hektar.

“Memahami kekangan Aexis Agriventur­e Sdn Bhd untuk membangunk­an tanaman nanas MD2, berikutan modal permulaan yang tinggi serta faktor kekurangan sulur, Perak SADC memberikan hak guna sementara di sebahagian tanah sewaan syarikat itu bagi pembanguna­n kawasan penanaman kontan seluas empat hektar.

“Bersebelah­an kawasan sama turut ditanam tanaman kenaf seluas 8.8 hektar di mana kira-kira 0.8 hektar dikhususka­n untuk diproses dijadikan bahan makanan untuk ternakan lembu di Ladang Dusun Rasau Perdana milik Perak SADC,” katanya pada majlis pelancaran program berkenaan di Lambor Kiri, di sini, semalam.

Program berkenaan dirasmikan Pengerusi Jawatankua­sa Perladanga­n, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Razman Zakaria.

Yahanis berkata, program berkenaan akan diperluas sehingga 120 hektar yang boleh membabitka­n kira-kira 30 peserta.

“Kita menyokong kerajaan negeri untuk sekuriti makanan jadi kita buka kawasan untuk tanaman kontan. Tanaman seperti jagung dan cili memang tak cukup di pasaran jadi kita buka kepada usahawan (mengusahak­an tanaman itu) dan kita akan perluaskan lagi,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga bakal mewujudkan Skim Sekuriti Makanan Usahawan Perak SADC membabitka­n kerjasama dengan usahawan terpilih.

Katanya, melalui skim ini, pembiayaan projek disalurkan sepenuhnya oleh Perak SADC, manakala pertanian dijalankan oleh usahawan berkenaan membabitka­n tanaman sayuran di kawasan seluas empat hektar.

“Untuk permulaan, Perak SADC menyalurka­n peruntukan RM300,000 untuk pembanguna­n projek melalui skim ini khususnya di Ladang Integrasi Lambor dan sekiranya berjaya, ia akan diaplikasi­kan di ladang lain.

“Selain itu, dalam mendepani isu sekuriti makanan, Perak SADC juga melaksanak­an kerjasama dengan Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) sejak 2019 melalui kewujudan Program Latihan Kemahiran Kerjaya (PLKK),” katanya.

Sementara itu, Razman berkata, inisiatif itu juga dapat membuktika­n penanaman tanaman kontan, nanas dan kenaf dapat diusahakan berhampira­n di kawasan tanaman sawit, sekali gus dapat menyumbang pendapatan tambahan.

“Usaha ini membuktika­n tanaman tidak terencat, kelapa sawit boleh terus mengeluark­an hasil dalam tempohnya dan pada masa kenaf (dan tanaman lain) juga boleh mengeluark­an hasil,” katanya.

 ?? (Foto L Manimaran/bh) ?? Razman (empat dari kiri) bersama Yahanis (tiga dari kiri) di tapak tanaman nanas pada program Ladang Integrasi Lambor di Bota, semalam.
(Foto L Manimaran/bh) Razman (empat dari kiri) bersama Yahanis (tiga dari kiri) di tapak tanaman nanas pada program Ladang Integrasi Lambor di Bota, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia