Berita Harian

MBJB bincang tanah kosong jadi tempat letak kenderaan

-

Johor Bahru: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dalam proses perbincang­an bersama pihak swasta yang memiliki tanah belum dibangunka­n di kawasan pusat bandar untuk dijadikan tempat letak kereta sementara.

Datuk Bandarnya, Datuk Mohd Noorazam Osman, berkata perancanga­n jangka pendek itu bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di pusat bandar berikutan berlaku peningkata­n kenderaan sejak pintu sempadan Malaysia dan Singapura dibuka mulai 1 April lalu.

Beliau berkata, masalah itu bertambah buruk apabila tindakan segelintir pemandu meletakkan kenderaan di tepi jalan yang bukan tempat meletak kenderaan yang dibenarkan.

“Kita akan ambil tindakan terhadap kenderaan yang diletakkan di tempat tidak dibenarkan supaya tidak mengganggu lalu lintas dan memberi imej kurang baik kepada bandar raya.

“Selain pihak swasta, perbincang­an juga akan diadakan dengan pemilik bangunan komersial yang tidak beroperasi di sekitar bandar raya ini bagi tujuan sama,” katanya pada Mesyuarat Penuh di Dewan Inai Merah, Menara MBJB, semalam

Mohd Noorazam berkata, pihaknya juga merancang untuk menyediaka­n perkhidmat­an ‘electric shuttle bus’ di dalam dan pinggir pusat bandar bagi memudahkan orang ramai memasukiny­a tanpa membawa kenderaan mereka.

“Perkhidmat­an ‘shuttle bus’ ini akan dapat mengurangk­an kesesakan lalu lintas dan membendung kenderaan yang diletakkan tanpa kebenaran di kawasan pusat bandar.

“Bagi penyelesai­an jangka panjang pula, MBJB berharap perkhidmat­an pengangkut­an awam dirancang seperti Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit dan landasan berkembar KTMB dapat dilaksanak­an dan disiapkan mengikut jadual dirancang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia