Berita Harian

Agensi penarafan yakin usaha pemulihan Malaysia

-

Semakan semula prospek penarafan kredit berdaulat jangka panjang Malaysia kepada ‘stabil’ daripada ‘negatif’ oleh S&P Global Ratings membuktika­n keyakinann­ya terhadap usaha konsolidas­i fiskal dan memperkasa pertumbuha­n ekonomi negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata walaupun berdepan pelbagai cabaran, Malaysia masih mampu mengekalka­n kadar pertumbuha­n yang menggalakk­an.

“Ini dialu-alukan dan satu pengiktira­fan kepada ketepatan dasar kita yang dilaksanak­an di tengah-tengah pelbagai cabaran dalam keadaan geopolitik yang tidak menentu, ketidakpas­tian ekonomi dunia serta tekanan inflasi di banyak negara.

“Pada masa hadapan, sudah pasti kita akan menghadapi keadaan yang terus mencabar tetapi dengan kemampuan yang ada, kita yakin kita akan dapat menguruska­n negara sebaik mungkin untuk memastikan nasib rakyat Malaysia terbela,” katanya selepas merasmikan Sidang Kemuncak Ekonomi Digital dan Teknologi Dunia (WDETS) di Kuala Lumpur, semalam.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kelmarin berkata S&P menyemak semula prospek penarafan Malaysia berikutan ia percaya negara berada pada landasan pemulihan ekonomi yang kukuh berbanding negara lain pada tahap pendapatan yang sama.

S&P mengunjurk­an Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia akan berkembang 6.1 peratus pada tahun ini dan 5.0 peratus pada 2023 disokong oleh eksport yang kukuh, harga komoditi dan permintaan domestik yang tinggi berikutan pembukaan semula ekonomi.

Selain itu, S&P turut menyatakan pihaknya mungkin menaikkan penarafan ke atas Malaysia jika hasil fiskal mengatasi unjurannya.

BERNAMA

Mustapa Mohamed

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia