Berita Harian

Kerajaan mahu perkasa pelaburan aset digital

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Bolehkan pengguna lebih mudah akses menerusi platform berdaftar SC mahanum_aziz@bh.com.my

Kerajaan akan terus melaksanak­an agenda digital dengan membangunk­an asas bagi membantu pelabur mendapatka­n akses pelaburan lebih baik dan memenuhi keperluan pasaran digital baharu muncul yang pelbagai dalam ekosistem digital insklusif.

Timbalan Menteri Kewangan

I, Datuk Mohd Shahar Abdullah, berkata pelabur di negara ini terus menunjukka­n minat yang kukuh terhadap aset digital, justeru penting untuk menjadikan ia lebih mudah diakses oleh pengguna di seluruh negara melalui platform yang berdaftar dengan Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC).

Beliau berkata, setakat ini, difahamkan bahawa SC sudah mendaftark­an empat Bursa Aset Digital (DAX) termasuk Luno Malaysia dan kesemuanya telah beroperasi dengan sembilan aset digital dibenar untuk diniagakan pada platform berkenaan.

“Secara kolektif, lebih 800,000 akaun sudah dibuka di seluruh DAX ini dan nilai dagangan melepasi RM20 bilion pada 2021. Menyokong pertumbuha­n ini adalah pelabur di bawah umur 45 tahun, yang menyumbang lebih 80 peratus pelabur individu.

“Kehadiran pelabur runcit menyerlahk­an lagi daya tarikan platform ini. Malah, pertumbuha­n purata nilai dagangan harian adalah 14 kali lebih besar pada 2021 berbanding 2020,” katanya pada pelancaran kempen celik kewangan Luno dikenali ‘Maju Bersama Luno’ di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Pengurus Besar Asia Pasifik Luno, David Low; Pengurus Negara Luno Malaysia, Aaron Tang dan Ketua Pegawai Operasi Luno, James Lanigan.

Dalam pada itu, Mohd Shahar mengingatk­an pelabur supaya mengesahka­n mana-mana perkhidmat­an dan penyedia berkaitan digital melalui daftar awam SC bagi mengelakka­n mereka terjebak dalam aktiviti penipuan secara dalam talian yang

Mohd Shahar (dua dari kiri) pada pelancaran kempen celik kewangan Luno di Kuala Lumpur, semalam.

semakin meningkat.

Beliau juga menyaranka­n pelabur melaporkan kepada Kementeria­n Kewangan mengenai sebarang aktiviti yang mencurigak­an kerana jumlah penipuan dalam talian semakin meningkat.

“Saya difahamkan SC sebelum ini mengambil usaha untuk bekerjasam­a dengan pihak berkuasa berkaitan dalam mengambil tindakan yang perlu dan menyekat akses kepada platform yang menawarkan perkhidmat­an kripto secara haram di Malaysia.

“Saya menggesa pelabur Malaysia untuk berdagang pada platform aset digital terkawal untuk memastikan kepentinga­n mereka dilindungi dengan baik,” katanya.

Kempen ‘Maju Bersama Luno’ menyasar untuk memperkasa­kan rakyat Malaysia bagi meningkatk­an lagi pemahaman mengenai aset dan pelaburan digital sebagai sebahagian daripada inisiatif literasi kewangan serta menggunaka­n pendekatan mendidik bagi menghapusk­an salah tanggapan umum mengenai mata wang kripto.

Bagi menjayakan kempen itu, Luno melantik penerjun negara, Pandelela Rinong dan pemain bola sepak, Mohd Zaquan Adha sebagai duta jenama.

 ?? (Foto Fathil Asri/bh) ??
(Foto Fathil Asri/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia