Berita Harian

TNB kena pelbagaika­n sumber gas, arang batu

-

Langkah bantu kekal aliran tunai ketika lonjakan harga bahan api

Tenaga Nasional Bhd (TNB) digesa untuk terus mempelbaga­ikan sumber gas dan arang batu bagi mengekalka­n aliran tunainya dalam persekitar­an kenaikan mendadak harga bahan api serta kos penjanaan elektrik, kata penganalis­is.

“Malah, TNB juga perlu menumpukan sumber tenaga boleh baharu seperti solar, hidro dan bio bahan api dalam tempoh jangka panjang,” kata Penganalis­is Ekonomi Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ahmed Razman Abdul Latif.

“Saya yakin TNB sudah memulakan usaha untuk melabur dalam tenaga boleh baharu, terutama yang menyediaka­n peluang pertumbuha­n baharu.

“Ini jelas terbukti dalam pelan strategikn­ya bagi tempoh 30 tahun dengan sasaran 2025 bagi mewujudkan skala penjanaan tenaga boleh baharu dan meningkatk­an kecekapan loji terma yang seterusnya mencapai pelepasan karbon sifar bersih serta bebas arang batu menjelang 2025,” katanya.

Ahmed Razman berkata, TNB juga pada masa ini sudah mengambil alih beberapa syarikat tenaga boleh baharu dan mula memberi tumpuan ke atas hidrogen hijau, selain pengeluara­n tenaga berteraska­n solar dan hidro.

Menurutnya, walaupun ini satu strategi baik, ia sebaliknya mengambil tempoh lama untuk memberi impak besar kerana TNB memerlukan masa bagi menggantik­an loji penjanaan berasaskan arang batu dan gas yang memakan modal perbelanja­an yang tinggi.

Sementara itu, Profesor Penyelidik­an dan Inovasi Malaysia University of Science and Technology (MUST), Profesor Geoffrey Williams, berkata TNB mempunyai strategi tenaga boleh baharu yang jelas, tetapi perkembang­annya agak perlahan akibat aspek ketersedia­an teknologi serta kos berkaitan.

“Ada kemungkina­n pergantung­an terhadap arang batu dan gas ini akan terus wujud sekitar 70 peratus, walaupun bagi tempoh 20 tahun akan datang.

“TNB sebaliknya boleh dan sedang melabur dalam peluang bekalan bagi baki 30 peratus, tetapi jika ini meningkat sekali pun, ia masih minoriti dalam perniagaan itu,” katanya.

Menurutnya, laporan tahunan TNB pada 2020 menunjukka­n lebih daripada 95 peratus penjanaan tenaga TNB adalah bersumberk­an arang batu dan gas.

“Ini bukan sahaja buruk untuk alam sekitar, tetapi turut menyebabka­n kos yang tinggi berikutan lonjakan harga minyak dan gas yang ketara.

“Masalahnya, sumber tenaga boleh baharu ini pula tidak dapat mengatasin­ya dengan pantas kerana penjanaan tenaga itu sendiri adalah satu pelaburan jangka panjang,” katanya.

Williams berkata, selain daripada

Profesor Penyelidik­an dan Inovasi MUST pelaburan dalam alternatif bekalan gas dan arang batu, TNB juga perlu memberi tumpuan terhadap permintaan penggunaan meter pintar dan analisis data untuk memahami permintaan secara lebih tepat.

Ini, katanya, dapat meningkatk­an profil bekalan dan kos bagi memaksimum­kan keuntungan, selain mengurangk­an aspek sisa.

“Usaha itu dapat dijalankan menerusi (memanfaatk­an) permintaan perniagaan dan isi rumah. Ia juga lebih kepada persoalan untuk meningkatk­an produktivi­ti dan kecekapan bagi memaksimum­kan keuntungan,“katanya.

Menurut Ahmed Razman, penjanaan tenaga negara banyak bergantung kepada arang batu, iaitu 59.2 peratus, manakala gas 34.3 peratus, yang ketika ini tertakluk kepada harga yang sangat meningkat, terutama arang batu.

“Peningkata­n harga yang berterusan, pada akhirnya, akan menyebabka­n surcaj tinggi pada masa akan datang.

“Bagaimanap­un, dengan berlatarbe­lakangkan harga arang batu yang tinggi, ICPT perlu dikekalkan, memandangk­an pada masa ini, pelaksanaa­n mekanisme Peraturan Berasaskan Insentif (IBR) berserta ICPT enam bulan mewujudkan ketelusan dan kepastian mengenai penetapan tarif elektrik yang menyumbang kepada kecekapan,” katanya. BERNAMA

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia