Berita Harian

Sapura Energy belum lagi ‘selamat’

- Oleh Alzahrin Alias

Syarikat perlu penstruktu­ran semula hutang, ekuiti secara holistik zahrin@bh.com.my

Penstruktu­ran semula hutang dan ekuiti secara holistik masih lagi perlu menjadi keutamaan kepada Sapura Energy Bhd untuk keluar daripada masalah kewangan yang dihadapiny­a, meskipun syarikat itu mencatatka­n prestasi memberangs­angkan pada suku pertama tahun kewangan 2023.

Penganalis­is RHB Research, Sean Lim, berkata penstruktu­ran semula hutang Sapura Energy dengan pemberi pinjaman dan rundingan skim pengaturan bersama penghutang masih lagi berjalan.

Beliau berkata, penjanaan tunai menerusi usaha pengoptimu­man kos serta inisiatif pengewanga­n berterusan turut menjadi keutamaan kepada penyedia perkhidmat­an minyak dan gas bersepadu itu.

“Kami percaya aset-aset dalam segmen aset dan penyelengg­aran (O&M) serta tenaga akan menjadi keutamaan dalam senarai penjualan,” katanya dalam satu nota penyelidik­an.

Sapura Energy Bhd mencatatka­n keuntungan bersih RM91.93 juta pada suku pertama berakhir 30 April 2022 berbanding kerugian bersih sebanyak RM97.07 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lalu.

Prestasi itu didorong terutama disebabkan oleh peningkata­n pertukaran asing yang timbul daripada kenaikan dolar Amerika Syarikat (AS) berbanding ringgit. Pendapatan­nya bagaimanap­un jatuh 39.7 peratus kepada RM886.08 juta daripada RM1.47 bilion setahun lalu, terutama disebabkan oleh aktiviti projek yang rendah dari segmen kejurutera­an dan pembinaan pada suku semasa.

Lim berkata, susulan daripada pemeroleha­n kontrak bernilai RM2.7 bilion baru-baru ini, nilai pesanan dalam tangan Sapura Energy meningkat sebanyak 26 peratus kepada RM8.3 bilion berbanding suku sebelumnya.

Katanya, segmen penggerudi­an dijangka meningkat secara berperingk­at daripada lapan pelantar beroperasi sekarang kepada 10 pelantar menjelang akhir tahun kewangan 2023.

“Pengurusan memberi panduan bahawa kontraktor luar pesisir menjangkak­an terma (Foto hiasan) kontrak lebih baik dalam tender baharu akan datang, dengan bahagian risiko yang lebih wajar berbanding kontrak yang dianugerah­kan sebelum ini.

“Bagaimanap­un, ia tetap berhati-hati dengan cabaran operasi seperti peningkata­n tekanan kos,” katanya.

Kenanga Research dalam notanya pula berkata, Sapura Energy masih menanggung beban hutang yang tinggi berjumlah RM10.7 bilion, semuanya diklasifik­asikan sebagai pinjaman jangka pendek dalam lembaran imbangan, dengan kumpulan baru-baru ini menghapusk­an 99 peratus daripada nilai ekuitinya pada tahun kewangan 2022.

Katanya, kumpulan itu masih lagi mendapati bahawa akses kepada kemudahan kredit amat mencabar disebabkan kedudukan kewanganny­a yang bermasalah.

“Sehubungan itu, ia masih lagi meneruskan usaha penstruktu­ran semula bagi kekal beroperasi, termasuk merundingk­an semula kontrak terdahulu dan juga hutang bersama penyedia pinjaman, selain melaksanak­an pelan pelupusan,” katanya.

Dari segi perkembang­an positif, Kenanga Research berkata Sapura Energy baru-baru ini berjaya mendapatka­n pinjaman modal kerja sebanyak RM300 juta, disekuriti­kan kepada hasil penjualan aset Sapura 3000, yang dijangka akan dimuktamad­kan bulan depan.

“Ini dijangka membantu meredakan isu kecairan untuk sekurang-kurangnya beberapa bulan lagi,“katanya.

Sapura Energy Bhd mencatatka­n keuntungan bersih RM91.93 juta pada suku pertama berakhir April lalu.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia