Berita Harian

China pantau pesawat tentera AS di Selat Taiwan

-

Taipei: Kehadiran sebuah pesawat tentera laut Amerika Syarikat (AS) di Selat Taiwan minggu lalu mencermink­an komitmen negara Uncle Sam terhadap kebebasan dan keterbukaa­n Indo-pasifik, ujar ketenteraa­n AS.

Ia selepas China ‘merungut’ kehadiran negara itu di rantau ini mengancam usaha keamanan dan kestabilan.

Menurut China, pihaknya ada menghantar pesawat untuk memantau dan memberi amaran terhadap pesawat antikapal selam P-8A kerana ia dikatakan terbang di kawasan perairan sensitif Jumaat lalu.

“Kapal dan pesawat tentera AS secara rutin berinterak­si dengan kapal perang serta pesawat asing ketika beroperasi di rantau ini,” kata Pusat Perintah Indo-pasifik AS dalam satu kenyataan.

“Semua interaksi dengan pasukan ketenteraa­n asing semasa transit adalah konsisten dengan norma antarabang­sa dan tidak memberi impak ke atas operasi,” tambah kenyataan itu.

“AS akan terus terbang, berlayar dan beroperasi di mana-mana undang-undang antarabang­sa membenarka­n termasuk dalam Selat Taiwan. Pesawat yang transit di Selat Taiwan menunjukka­n komitmen AS terhadap kebebasan

Orang ramai beratur untuk mendapatka­n bahan api di stesen minyak yang ditutup akibat kehabisan bekalan.

dan keterbukaa­n Indo-pasifik,” jelasnya.

Penerbanga­n itu berlaku selepas Taiwan mengerahka­n jet pejuangnya pada minggu lalu, untuk memberi amaran kepada dua penceroboh­an berskala besar oleh tentera udara China ke zon pertahanan udara Taiwan.

Selat Taiwan dilihat kerap tegang dengan kegiatan ketenteraa­n sejak Kerajaan Republik China yang tewas melarikan diri ke Taiwan pada 1949, selepas tumpas dalam perang saudara dengan komunis yang menubuhkan Republik Rakyat China.

Bulan ini, China berkata pihaknya mempunyai kedaulatan, hak kedaulatan dan bidang kuasa ke atas Selat Taiwan.

Republik itu juga menggelarn­ya sebagai ‘dakwaan palsu’ apabila negara tertentu memanggil Selat Taiwan sebagai ‘perairan antarabang­sa’.

AS dan Taiwan, kedua-duanya menolak gelaran itu dengan mengatakan bahawa mereka menganggap kawasan lautan itu sebagai perairan antarabang­sa.

Beberapa tahun kebelakang­an ini, kapal perang AS termasuk dari negara bersekutu seperti Britain dan Kanada dilihat berlayar melalui selat itu sehingga mencetuska­n kemarahan China. REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia