Berita Harian

Sri Lanka umum henti jual bahan api dua minggu

-

Kerajaan laksana langkah berjimat, bekalan hanya diguna untuk sektor penting

Colombo: Sri Lanka yang bergelut dengan kegawatan ekonomi mengumumka­n pemberhent­ian semua penjualan bahan api selama dua minggu, kecuali untuk perkhidmat­an penting.

Kerajaan juga merayu kepada sektor swasta supaya membenarka­n pekerja bekerja dari rumah selepas negara itu berdepan kehabisan bekalan bahan api.

“Bermula tengah malam Isnin, tidak ada bahan api yang akan dijual kecuali untuk perkhidmat­an penting seperti sektor kesihatan kerana kita mahu menjimatka­n sedikit rizab yang ada,” kata jurucakap kerajaan, Bandula Gunawardan­a, kelmarin.

Pada masa sama, beliau memohon maaf kepada pengguna kerana kekurangan yang berlaku.

“Kami menyesal akibat ketidaksel­esaan yang timbul ke atas orang ramai,” katanya.

Sri Landa berdepan krisis ekonomi terburuk sejak mencapai kemerdekaa­n pada 1948 dan tidak dapat membiayai walaupun kebanyakan produk penting seperti bahan api, makanan, ubatubatan sejak hujung tahun lalu.

Negara itu turut merekodkan paras inflasi tinggi dan pemotongan bekalan tenaga berpanjang­an sehingga mencetuska­n protes berbulan-bulan lamanya, yang kadangkala bertukar ganas bagi memaksa Presiden Gotabaya Rajapaksa berundur.

Minggu lalu, semua sekolah kerajaan ditutup dan institusi kerajaan perlu beroperasi dalam jumlah kecil sebagai penjimatan penggunaan bahan api kerana kerajaan tidak mempunyai wang untuk membiayai urusan import.

Penutupan sektor kerajaan sepatutnya berakhir minggu ini, tetapi sekarang dilanjutka­n sehingga 10 Julai depan. Ia selepas Gunawardan­a berjanji untuk memulihkan bekalan bahan api.

Kerajaan juga merayu kepada sektor swasta supaya mengikut langkah sama.

Pengumuman tidak dijangka itu disusuli sehari selepas Colombo berkata, pihaknya akan melaksanak­an sistem token untuk mengagihka­n catuan stok bahan api yang terhad.

Keadaan itu mengakibat­kan orang beratur panjang di beberapa stesen minyak yang masih membekalka­n bahan itu.

Awal bulan ini, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melancarka­n tindak balas kecemasan untuk membantu negara pulau itu yang sedang bergelut dalam krisis ekonomi yang tidak dijangka untuk menyalurka­n bantuan makanan kepada wanita mengandung yang berdepan kekurangan makanan. AFP

New Delhi: Polis India menangkap seorang pengasas bersama sebuah laman sesawang semakan fakta yang lantang mengkritik kerajaan pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi.

Mohammed Zubair ditangkap di Delhi kelmarin selepas dipanggil untuk memberi keterangan berhubung satu kes lain, kata Pratik Sinha, yang mengendali­kan laman web Alt-news bersama-sama Zubair.

Sinha dalam hantaran di Twitter menyatakan bahawa rakannya itu ditangkap secara salah dan tanpa amaran serta kini ditahan oleh polis di Delhi.

Zubair dikatakan menjadi antara individu yang lantang mengkritik parti nasionalis Hindu, Bharatiya Janata Party (BJP) dan sering dilabel menghasut oleh beberapa kumpulan Hindu di internet. Dia itu juga berdepan dengan beberapa kes mahkamah.

Beberapa media tempatan mengaitkan penahanan Zubair semalam dengan kontrovers­i jurucakap BJP yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW.

Mohammed Zubair

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia