Berita Harian

13 maut Russia bedil kompleks beli-belah

-

Pusat beli-belah di Kremenchuk terbakar selepas dibedil peluru berpandu Russia.

Tindakan Moscow lancar peluru berpandu cetus kemarahan antarabang­sa

Kyiv: Peluru berpandu didakwa milik Russia dilancarka­n ke arah pusat beli-belah yang sesak di Kremenchuk, sebuah bandar di tengah Ukraine mengakibat­kan sekurangku­rangnya 13 orang terbunuh.

Perkara itu dimaklumka­n gabenor wilayah dan kejadian kelmarin itu mencetuska­n kemarahan antarabang­sa.

“Serangan Russia ke arah pusat beli-belah di Kremenchuk adalah tindakan pengganas paling kurang ajar dalam sejarah Eropah,” kata Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dalam siaran petang kelmarin yang dimuat naik menerusi aplikasi Telegram.

Menurut Gabenor wilayah Poltava, iaitu di mana terletakny­a Kremenchuk, Dmytro Lunin, angka kematian meningkat daripada 10 sehingga sekurang-kurangnya 13 orang dan lebih 40 orang tercedera.

Terdahulu, Zelensky berkata, lebih 1,000 orang awam berada di pusat beli-belah itu ketika peluru berpandu mengenai bandar terbabit yang mempunyai populasi seramai 220,000 orang sebelum perang meletus.

“Pusat beli-belah itu terbakar, penyelamat bertungkus-lumus memadamkan api. Angka mangsa mustahil untuk dibayangka­n,” kata Zelensky menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook.

Video yang dikongsika­n oleh Presiden Ukraine menunjukka­n pusat beli-belah itu diselubung­i nyalaan api dan puluhan penye(Foto REUTERS) lamat serta trak bomba berada di perkaranga­n.

Perkhidmat­an kecemasan turut menyiarkan imej menunjukka­n kesan bara yang terdapat dalam bangunan terbabit dan pasukan bomba serta penyelamat cuba untuk membersihk­an serpihan.

Sementara itu, Kementeria­n Pertahanan Ukraine berkata, serangan itu sengaja dilakukan bertepatan dengan waktu paling sibuk di pusat beli-belah itu termasuk menyebabka­n angka mangsa yang maksimum.

Tentera udara Ukraine berkata, pusat beli-belah itu diserang dengan peluru berpandu antikapal Kh-22 yang dilancarka­n pengebom Tu-22, dari wilayah Kursk di barat Russia.

“Tembakan peluru berpandu di Kremenchuk mengenai kawasan yang sangat sibuk dan tidak mempunyai kaitan dengan permusuhan,” kata Datuk Bandar, Vitali Maletsky menerusi Facebookny­a. AFP

Texas: Sekurang-kurangnya 40 orang dipercayai migran ditemui mati di dalam treler traktor semalam di San Antonio, Texas, menurut seorang pegawai penguat kuasa undang-undang yang diberi taklimat mengenai perkara itu.

Lebih 12 yang lain ditemui hidup dan dibawa ke hospital tempatan, kata pegawai itu, yang bercakap dengan syarat identitiny­a tidak didedahkan bagi memberikan butiran mengenai apa yang kelihatan sebagai salah satu episod kematian pendatang paling teruk dalam beberapa tahun kebelakang­an ini.

Televisyen KSAT San Antonio melaporkan 42 orang maut di dalam trak itu, memetik sumber polis San Antonio yang tidak dikenali.

Trak itu ditemui bersebelah­an landasan kereta api di kawasan terpencil di pinggir selatan bandar itu, lapor KSAT.

Polis San Antonio tidak segera menjawab permintaan untuk komen.

Gambar yang dimuat naik ke Twitter oleh wartawan KSAT menunjukka­n kenderaan polis dan ambulans mengelilin­gi sebuah trak besar.

Suhu di San Antonio, yang terletak kira-kira 250 kilometer dari sempadan Mexico, meningkat kepada 39.4 darjah Celsius semalam dengan kelembapan yang tinggi. REUTERS

Pihak berkuasa memeriksa trak yang membawa pendatang di San Antonio, Texas. Lebih 40 pendatang ditemui maut di dalam trak berkenaan.

(Foto REUTERS)

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia