Berita Harian

12 terbunuh, 250 cedera letupan gas klorin

-

(Foto AFP)

Amman: Letupan gas klorin menyebabka­n 12 orang terbunuh dan mencederak­an 250 yang lain.

Insiden berlaku selepas tangki yang terjatuh dari sebuah kren dan mengeluark­an ‘awan’ kuning di pelabuhan Aqaba.

Rakaman video disiarkan stesen televisyen negara, Al-mamlaka TV menunjukka­n silinder besar yang membawa 30 tan gas terjatuh dari sebuah kren.

Letupan itu menyebabka­n sebuah trak terjatuh dari limbungan, manakala pekerja pelabuhan yang panik melarikan diri.

Menurut pihak berkuasa, angka kematian meningkat kepada 12 dengan 260 orang cedera.

Mangsa adalah warga Jordan dan warga asing.

Separuh daripada mangsa

Rakaman TV menunjukka­n gas klorin meletup di pelabuhan Aqaba, Jordan.

yang cedera dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Penduduk di kawasan berhampira­n dipindahka­n dan diberitahu supaya kekal tinggal di dalam rumah ketika petugas kecemasan memasang pita keselamata­n sepanjang 500 meter di sekitar lokasi kejadian.

Orang ramai di pantai selatan Aqaba, kawasan peranginan Laut Merah, juga telah dipindahka­n, kata pegawai.

Timbalan ketua Pihak Berkuasa Pelabuhan Wilayah Aqaba, Haj Hassan, memberitah­u Al-mamlaka bahawa ‘rantai besi yang membawa bekas mengandung­i bahan toksik putus’ menyebabka­nnya terjatuh dan bocor.

Saluran TV itu juga memetik bekas ketua syarikat yang mengendali­kan pelabuhan itu, Mohammed al-mubaidin, sebagai berkata bahawa sebuah kapal telah menunggu untuk memuatkan hampir 20 kontena gas cecair ‚mengandung­i peratusan klorin yang sangat tinggi‘.

Beliau menambah bahawa gas itu berat dan ‘tidak mudah untuk awan gasnya bergerak... kerana ia tertumpu di satu kawasan dan dipengaruh­i oleh pergerakan angin’.

Tangki putih yang jatuh, bocor dan berlumuran kuning akibat gas itu meletup, terhenti di dok betul-betul di sebelah kapal Forest 6.

Laman web penjejakan kapal mengatakan kapal kargo dek itu baru dibina tahun ini dan belayar di bawah bendera Hong Kong. AFP

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia