Berita Harian

Sebab anak’

-

Audi menerima kenyataan dan pulih semula,” katanya pada sidang media mengumumka­n perpisahan­nya dengan Audi di pejabat Indigital Music di Petaling Jaya, kelmarin.

Nikki yang pernah menyertai musim pertama program realiti, Malaysian Idol pada 2004 dan popular dengan lagu Caramu, bertemu jodoh dengan Audi pada 27 Jun 2009.

Hasil perkongsia­n hidup, mereka dikurniaka­n seorang anak lelaki, Liam Mok, 12.

Tanpa berselindu­ng, Nikki mengambil kesempatan pada sidang media itu untuk bercerita kemelut rumah tangga yang dihadapi agar selepas ini, kisah hitam itu tidak diungkit lagi.

Hakikatnya, Nikki mengaku memendam rasa selama 10 tahun sejak mula menyedari dirinya tidak serasi untuk hidup bersama Audi.

Mendakwa rasa tidak bahagia terpaksa dipendam demi kebaikan Liam yang bakal menjengah usia 12 tahun, Oktober depan, Nikki meletakkan faktor berkahwin pada usia muda sebagai antara punca keretakan rumah tangga.

“Mungkin disebabkan saya berkahwin pada usia muda. Jadi, saya tidak kenal diri sendiri. Dalam perjalanan (perkahwina­n) itu, banyak percanggah­an berlaku yang membuatkan saya rasa tidak serasi.

“Sebenarnya, saya pendam perasaan ini lebih 10 tahun dan saya cuba perbaiki keadaan. Tetapi apabila sudah tiada keserasian, tiada gunanya.

“Banyak kali kami hadiri sesi kaunseling. Apabila kaunselor kenal kami dengan lebih dekat, dia jadi takut hendak beritahu tahap persefaham­an kami rendah.

“Tetapi apabila kami meluangkan masa sebagai kawan, kami sangat bagus. Cuma sebagai suami isteri, kami tidak serasi. Jadi, kami tidak boleh tipu diri sendiri,” katanya yang ditemani Audi pada sidang media itu.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia