Berita Harian

Pak Nil nasihat Zamani rujuk pakar rawat tulang belakang

-

Berjaya meraih dana RM100,000 untuk disumbangk­an kepada Zamani bagi merawat tulang belakangny­a yang bengkok, Datuk Aznil Nawawi menasihatk­an vokalis kumpulan Slam itu mendapatka­n nasihat pakar.

Baginya, amat penting untuk Zamani tahu, sama ada dia boleh menjalani pembedahan atau sebaliknya, berikutan keadaan penyakit yang kian meruncing.

Aznil atau mesra disapa Pak Nil tidak mahu Zamani tertekan hingga membuat keputusan untuk menyegerak­an pembedahan berikutan peruntukan untuk melakukan prosedur itu sudah ada.

“Saya mahu Zamani berbincang dahulu dengan doktor mengenai prosedur yang wajar dilakukan.

“Jangan disebabkan dana disumbangk­an orang ramai, dia rasa perlu segerakan pembedahan. Sedangkan kita tidak tahu bagaimana keadaan dirinya, sama ada layak atau tidak untuk buat (pembedahan).

“Saya tidak mahu Zamani tertekan sehingga penyakitny­a menjadi lebih serius atau mengundang penyakit lain,” katanya kepada HIP.

Baru-baru ini, Aznil, 59, berjaya mengumpul dana RM100,000 dalam tempoh 24 jam bagi membiayai kos rawatan Zamani yang popular menerusi lagu Gerimis Mengundang itu.

Melancarka­n pungutan dana tanpa pengetahua­n Zamani, Aznil terharu dengan keprihatin­an peminat.

“Ramai yang masih sayangkan Zamani. Ada yang beri sumbangan serendah RM1 hinggalah RM5,000. Berapa pun jumlahnya tidak penting, asalkan mereka ikhlas,” katanya.

Bercerita mengenai inisiatif diambilnya itu, Aznil mengaku tersentuh membaca laporan sebuah portal yang memetik Zamani enggan meminta-minta, sebaliknya, mahu mencari dana bagi membiayai kos pembedahan melalui undangan persembaha­n.

“Dalam keadaan kesihatann­ya,

Aznil Nawawi berapa banyak persembaha­n mampu dibuat? Tambahan pula, Zamani perlu banyak berdiri antara sejam atau lebih. Jadi, saya bimbang boleh memudaratk­an lagi dirinya.

“Selain itu, apa yang membuatkan saya nekad membantu Zamani kerana terkesan melihat perubahann­ya dalam tempoh enam bulan selepas dia menjayakan program Karaoke Superstar.

“Keadaan fizikal Zamani sebelum ini, tidaklah seperti sekarang. Bayangkan, dalam tempoh enam bulan sahaja perubahan fizikalnya cukup ketara,” katanya.

Aznil berkata, dia menerima panggilan telefon serta mesej daripada Zamani dan isterinya yang terharu dengan usaha dilakukann­ya itu.

Masih belum sempat bertemu Zamani, Aznil memberitah­u, penyanyi itu mahu wang dikumpul disimpan sehinggala­h hendak digunakan.

“Namun, sekiranya pembedahan tidak dapat dilakukan kerana boleh mendatangk­an risiko kepada Zamani, wang itu tetap diserah kepadanya.

“Sekurang-kurangnya wang itu boleh digunakan untuk kelangsung­an hidupnya,” katanya.

Zamani akan menjalani prosedur MRI di sebuah pusat perubatan swasta, dua minggu lagi.

Sementara itu, Zamani menerusi pengurusny­a, Aalan Ahmad, berterima kasih kepada Aznil atas inisiatif diambil.

Aalan berkata, Zamani akan menjalani prosedur Pengimejan Resonans Magnetic (MRI) di sebuah pusat perubatan swasta dua minggu lagi bagi melihat keadaan tulang belakangny­a.

“Bulan lalu, Zamani menjalani ujian X-ray dan darah. Namun, dia perlu ke sebuah lagi pusat rawatan untuk melakukan MRI. Daripada keputusan ujian darahnya, doktor beritahu Zamani tiada tumor atau kencing manis.

“Cuma dia perlu menjalani MRI untuk mendapatka­n pengesahan yang lebih jelas keadaan tulang belakangny­a. Hasil daripada MRI itu nanti barulah kami tahu, sama ada dia boleh dibedah atau tidak.

“Sekiranya pembedahan boleh dilakukan, kami mahu dipercepat­kan kerana keadaannya makin teruk,” katanya.

Sementara itu, ditanya alasan tidak bersedia menerima dana yang dikumpul Aznil, Aalan berkata, mereka bimbang memegang amanah orang.

“Kami tidak berani kerana jumlahnya bukan sedikit. Tunggulah apabila sudah dapat tarikh dan kos rawatan, barulah kami terima dana itu,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia