Berita Harian

Puteri Saadong bakal difilemkan

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

FINAS, penerbit Thailand kaji cadangan angkat kisah legenda Melayu, Pattani ke layar perak fatin.farhana@bh.com.my

Annuar menerima cenderahat­i daripada wakil syarikat GDH Studio ketika lawatan ke Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) mengemukak­an usul mengangkat kisah legenda, Puteri Saadong yang menggambar­kan kebijaksan­aan dan keberanian wanita Melayu dalam sejarah Kelantan dan Pattani, ke layar perak, melalui projek usaha sama dengan studio perfileman Thailand.

Cadangan itu diutarakan pada pertemuan bersama tiga syarikat gergasi perfileman Thailand iaitu Gross Domestic Happiness (GDH) Studio, Blue River Films dan M Pictures pada lawatan kerja diketuai Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa ke Bangkok, Thailand, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Prof Dr Md Nasir Ibrahim, berkata Annuar mencadangk­an kepada GDH Studio agar kisah Puteri Saadong difilemkan melalui projek kerjasama dua negara.

“Biarpun ditawarkan kepada GDH Studio, Blue River Films nampaknya lebih berminat untuk menjayakan­nya.

“Selain itu, Blue River Films menyatakan hasrat untuk mengusulka­n kepada produksi filem The Expendable­s 5 untuk menjayakan penggambar­annya di Malaysia kerana mereka ada kaitan rapat dengan penerbitan siri filem The Expendable­s.

“Filem The Expendable­s 5 dijangka memulakan penggambar­an tahun ini dengan bajet AS$100 juta (RM4.4 juta).

“Usaha itu akan digerakkan Blue River Films.

“Ini adalah antara perancanga­n kita untuk menggalakk­an produksi asing melakukan penggambar­an di Malaysia,” katanya kepada HIP.

Pada 17 Jun lalu, Annuar dan delegasi FINAS diketuai Md Nasir membuat lawatan kerja empat hari ke Bangkok bagi meninjau peluang kerjasama dengan penerbit dan pengedar filem di negara gajah putih itu.

Lawatan kerja itu selaras usaha FINAS meningkatk­an kerjasama dengan penggiat industri perfileman luar negara terutama dalam kalangan anggota ASEAN, bagi mengangkat industri senimatik tempatan ke tahap lebih tinggi.

Md Nasir berkata, banyak maklumat diperoleh pada lawatan kerja itu, termasuk falsafah di sebalik penubuhan GDH Studio yang banyak menghasilk­an filem dan drama pelbagai genre, termasuk filem Bad Genius terbitan 2017 yang mencapai kejayaan besar di pasaran antarabang­sa.

“Boleh dikatakan GDH Studio tiga kali lebih besar daripada Skop Production Sdn Bhd. Falsafah GDH Studio adalah mereka buat filem bukan untuk mencatat keuntungan, sebaliknya, memberi kepuasan kepada penonton.

“GDH Studio beri fokus kepada kualiti. Jadi, mereka menekankan soal pemilihan pengarah dan pelakon terkenal. Secara tidak langsung, ia menarik lebih ramai untuk menonton.

“Kemudahan studionya lengkap, daripada produksi sehingga pasca produksi. Semuanya ada,” katanya.

Md Nasir berkata, FINAS berminat menjalin kerjasama dengan GDH Studio kerana selama ini, tidak pernah agensi kerajaan seperti FINAS di Malaysia, menghubung­i syarikat terbabit untuk membincang­kan potensi projek kolaborasi.

“GDH Studio juga terharu kerana sepanjang sedekad penubuhann­ya, ini kali pertama agensi dari Malaysia melawat dan menyatakan minat menjalin kerjasama,” katanya.

Md Nasir berkata, sepanjang lawatan itu, FINAS membentang­kan Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) yang antara lain menawarkan rebat tunai 30 peratus kepada penerbit tempatan dan luar negara yang menjalani penggambar­an di negara ini, kepada studio perfileman di Bangkok.

“Kami bertanya apa insentif diberi kerajaan Thailand kepada pembikin filem. Mereka beri 25 peratus.

“Tetapi di Malaysia, kita beri insentif sehingga 35 peratus, termasuk tambahan lima peratus bagi apa yang dikenali sebagai cultural test.

“Mendengark­an itu, ketiga-tiga studio perfileman iaitu GDH Studio, Blue River Films dan M Pictures teruja. Mereka menyatakan minat untuk memanfaatk­an FIMI.

“Mereka dapat 35 peratus keuntungan yang boleh menampung perbelanja­an. Maknanya, kalau mereka buat filem di Malaysia dan membelanja­kan RM5 juta, secara automatik, 35 peratus daripada jumlah itu sudah ada dalam tangan,” katanya.

FIMI yang diperkenal­kan pada 2012, dibahagika­n kepada dua kategori iaitu filem tempatan yang mana penerbit perlu menghasilk­an karya pada bajet RM1 juta.

Bagi produksi asing, penerbit perlu menghasilk­an filem pada bajet RM5 juta bagi memenuhi kelayakan menerima rebat. Selain itu, penerbit dikenakan syarat menggunaka­n 30 peratus tenaga kerja tempatan, tidak kira kru atau pelakon.

Md Nasir berkata, FIMI memberi impak besar kepada kemajuan industri perfileman di Malaysia terutama dalam aspek pertukaran ilmu, pengalaman dan teknologi dalam proses pembikinan filem.

“Banyak kelebihan diperoleh melalui FIMI, termasuk membawa nama negara ke pasaran antarabang­sa selain dapat menembusi dan mempromosi­kan filem kita ke peringkat lebih tinggi," katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia