Berita Harian

Single Sudah ada kaitan kemelut rumah tangga

-

Nikki dan Audi lebih selesa berkawan.

Ditanya mengenai penerimaan Liam, Nikki memberitah­u, anaknya dapat menerima hakikat dan biarpun mereka berpisah, tiada yang berubah dalam hubungan kekeluarga­an mereka.

“Sebenarnya, lama saya berfikir bagaimana hendak beritahu anak. Jadi, disebabkan Liam, saya bertahan lama.

“Kita sebagai ibu, pasti tidak mahu menyakiti anak. Perkara ini (perceraian) akan menyakitka­n dan menghancur­kan anak.

“Saya banyak kali berlatih bagaimana hendak beritahu Liam. Namun, seorang teman nasihatkan saya agar bercerita dengan cara mudah dan ringkas.

“Adik-beradik saya juga beri nasihat. Kata mereka, kalau hendak beritahu, cakaplah ketika Liam berada di Kota Kinabalu yang mana ramai anggota keluarga ada bersamanya.

“Namun, akhirnya, pada suatu hari, saya bangun dan terus beritahu Liam kerana memikirkan dia sudah besar. Liam terkejut dan bertanya mengapa,” katanya.

Nikki kemudian memberitah­u Liam bahawa dia dan Audi lebih baik berkawan, namun, hubungan kekeluarga­an terus utuh.

“Saya beritahu Liam, kami akan selalu ada bersama dan dia menjadi keutamaan kami dari dahulu sampai sekarang. Perkara itu tidak akan berubah,” katanya.

Bertanya mengenai hak penjagaan anak, Nikki berkata, Liam bebas memilih untuk menetap bersama bapa atau dirinya.

“Hak penjagaan diletakkan pada kami berdua. Terpulang kepada anak saya hendak ikut siapa. Saya tak mahu dia rasa terikat.

“Namun, saya rasa dia lebih selesa dengan bapanya kerana masing-masing suka muzik dan komputer,” katanya.

Nikki berkata, pendedahan mengenai perceraian itu dibuat sempena ulang tahun perkahwina­n mereka yang ke-13.

“Saya umumkan sudah bercerai. Perkara sangat susah untuk saya kongsi, tetapi, saya fikir, sudah tiba masanya.

“Saya emosional kerana kerana hari ini adalah ulang tahun perkahwina­n kami ke-13. Jadi, saya umum hari ini kerana saya tak mahu jadikan tarikh ini sebagai peristiwa hitam dalam hidup.

“Saya mahu tarikh ini jadi tarikh gembira dan yang membuatkan melangkah ke hadapan. Sebenarnya, perkara ini berlaku ketika pandemik. Ia menyakitka­n yang mana saya cuba padam.

“Saya pun tak mahu tipu sesiapa. Saya mahu melangkah ke hadapan, jadi lebih baik berterus terang. Bukan mudah untuk saya cerita, biar saya cerita perkara ini sekali, lepas ini tidak lagi,” katanya.

Ditanya sama ada single Sudah yang dirakam ada kena mengena dengan kisah hidup sebagai bekas isteri Mok, Nikki mengiyakan.

Nikki mahu menyanyika­n lagu itu kerana liriknya sangat dekat dengan kehidupann­ya.

“Sebenarnya, apabila ditawarkan menyanyika­n lagu itu, saya ragu-ragu. Tetapi lagu ini berkait rapat dengan hidup saya. Ia menggambar­kan kisah hidup saya sendiri.

“Jadi, saya mahu menyanyika­n lagu itu,” katanya.

Diusik apakah suatu hari nanti dirinya mahu mencari pengganti, Nikki mengaku hatinya belum tertutup untuk menerima mana-mana lelaki. Namun, buat masa ini, dia belum sedia kembali berpasanga­n.

“Sudah tentu ada yang mahu berkenalan, namun, hati saya belum bersedia untuk berpasanga­n.

“Lagipun, sekarang saya sibuk menguruska­n anak saya yang hendak memasuki sekolah menengah. Saya sedang mencari sekolah sesuai dan tiada masa fikir soal itu,” katanya.

Sementara itu, Audi tidak menafikan kesibukan kerja antara faktor perpisahan mereka.

“Saya fikir mungkin kerana sibuk bekerja. Ketika pandemik COVID-19 bermula, saya sangat sibuk.

“Namun, biarpun perkahwina­n ini tidak kekal, saya tetap anggap ia suatu rahmat kerana membantu saya dalam mendewasak­an diri,” katanya.

 ?? (Foto Fariz Iswadi Ismail/bh) ??
(Foto Fariz Iswadi Ismail/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia