Berita Harian

Ajax letak harga RM620J jika mahu Martinez, Antony

-

Umar menewaskan Nate Maness menerusi keputusan majoriti dalam pertarunga­n tiga pusingan.

City dijangka meletakkan harga RM297 juta untuk Sterling berpindah ke Stamford Bridge.

London: Ajax meletakkan harga lebih 115 juta pound (RM620.8 juta) untuk Lisandro Martinez dan Antony yang menjadi sasaran Manchester United pada musim panas ini.

Arsenal turut berminat mendapatka­n bek tengah Argentina, Martinez dan sanggup membayar sekitar 35 juta pound (RM189 juta), bagaimanap­un gergasi Belanda itu meletakkan harga 45 juta pound (RM243 juta) dan tidak terdesak untuk menjualnya.

Bagi Antony pula, Ajax seakan tidak mahu melepaskan pemain sayap itu apabila meletakkan harga sehingga 70 juta pound (RM378 juta).

Pemain 22 tahun Brazil itu menjadi sasaran utama pengendali baharu United Erik ten Hag selepas mereka terlepas mendapatka­n Darwin Nunez yang disambar Liverpool. Sementara itu, beberapa bintang utama United sudah bertemu dengan Ten Hag sekembalin­ya mereka ke Carrington kelmarin.

David de Gea, Luke Shaw, Donny van de Beek dan Anthony Martial antara kumpulan terawal kembali ke pusat latihan United itu. Bintang lain seperti Cristiano Ronaldo dan Harry Maguire, masih bercuti seminggu lagi. Skuad United akan berkumpul untuk aksi pramusim di Thailand dan Australia bermula 8 Julai ini. AGENSI

Divock Origi tiba di Itali bagi menyempurn­akan perpindaha­nnya ke AC Milan selepas meninggalk­an Liverpool.

Selepas tujuh tahun di Anfield, pemain 27 tahun itu mengumumka­n hasratnya untuk meninggalk­an kelab bulan lalu.

Dia yang hanya beraksi tujuh kali dalam saingan liga musim lalu, akan menyertai AC Milan secara percuma selepas kontraknya tamat esok.

Vincent gagal tandingi tawaran LAFC

Pemilik Cardiff City, Tan Sri Vincent Tan berkata mereka sudah mencuba sedaya upaya untuk menandatan­gani Gareth Bale tetapi tawaran kelab Major Soccer League (MLS) Los Angeles FC (LAFC) terlalu besar untuk ditolak.

Bekas bintang Real Madrid itu menamatkan spekulasi berkenaan masa depannya dengan berkongsi rakaman video dia memakai topi hitam emas LAFC dengan keterangan gambar: “Jumpa anda nanti, Los Angeles”.

Menurut Vincent, Bale mahu bermain untuk kelab di negara asalnya, tetapi sukar untuk bersaing dengan keuntungan dari segi komersial yang mampu dijana Bale apabila bermain di Amerika Syarikat.

Lisandro Martinez

Antony

 ?? ??
 ?? (Foto AGENSI) ??
(Foto AGENSI)
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia