Berita Harian

Aidil tabik anak buah

- Oleh Zulfaizan Mansor

Piala AFC 2022

Pemain Kedah raikan kejayaan membelasah Kaya Iloilo 4-1 dalam saingan Piala AFC, kelmarin.

Kedah bangkit hidupkan peluang selepas belasah Kaya Iloilo zulfaizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih Kedah Darul Aman (KDA), Aidil Sharin Sahak memuji kerja keras yang dilakukan pemainnya hingga berjaya meraih kemenangan besar 4-1 ke atas Kaya Iloilo di Stadium Kapten I Wayan Dipta, kelmarin.

Ia adalah kemenangan pertama diraih Sang Kenari dalam Kumpulan G saingan Piala AFC selepas tewas 2-0 di tangan tuan rumah, Bali United pada aksi sulung, Jumaat lalu.

Aidil menjelaska­n, kemenangan itu membuka peluang buat pasukannya untuk mengintai slot ke pusingan seterusnya selepas Bali United tewas dengan jaringan besar 5-2 di tangan Visakha.

“Alhamdulil­lah, kredit untuk semua pemain yang bekerja sangat keras malam ini. Kejayaan ini hadir kerana mereka sangat positif, walaupun kami tewas di tangan Bali United pada aksi pertama.

“Mereka menunjukka­n karakter yang baik dan saya fikir keputusan ini bagus untuk penyokong kami. Kami tahu apa kekuatan dan kelemahan Kaya sebelum perlawanan, jadi saya bercakap dengan pemain dan mereka memahami apa perancanga­n untuk perlawanan itu.

“Selepas kemasukan Fayadh (Zulkifli) di babak kedua, dia memberi impak apabila bermain di belakang penyerang, bukan sebagai pemain sayap. Saya fikir dia mengubah permainan dan terima kasih kepada Fayadh serta semua pemain,” katanya selepas perlawanan.

Kemenangan itu menyaksika­n KDA naik ke tangga ketiga Kumpulan G, berkongsi tiga mata dengan pasukan tangga kedua, Bali United.

Wakil Kemboja, Visakha yang menang semua dua perlawanan berada di kedudukan teratas dengan enam mata, sementara Kaya Iloilo pula menghuni tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata.

KDA sekali lagi akan membawa misi wajib menang apabila berdepan Visakha pada aksi terakhir kumpulan di gelanggang sama, esok.

Johor Bahru: Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahka­n akan mengikat Jordi Amat bagi menguatkan skuad Harimau Selatan mengharung­i kempen Liga Malaysia, musim ini.

Tunku Ismail yang juga Pemangku Raja Johor berkata, Jordi akan mengisi kuota ASEAN, namun perlu menunggu pihak Kerajaan Indonesia mengeluark­an pasport untuk pemain yang pernah menyertai kelab dari Sepanyol seperti Espanyol, Rayo Vallecano dan Real Betis selain kelab Liga Inggeris, Swansea.

“Jordi akan jadi sebahagian keluarga

JDT dan jika semua proses mengenai pasportnya, insya-allah dia akan menyertai JDT dalam masa terdekat. Apa yang saya tahu ibunya berasal dari Makasar, Indonesia.

“Adalah satu kerugian jika Indonesia tidak mengambiln­ya untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan kerana dia pemain

Jordi Amat yang berpengala­man kerana beraksi lebih 100 perlawanan kompetitif di Eropah, terutama di Sepanyol dan England.

“Apapun kita tunggu sahaja proses berkenaan dan berharap dia akan menyertai JDT secepat mungkin,” kata Tunku Ismail pada majlis perjumpaan bersama penyokong JDT di bilik sidang media Stadium Sultan Ibrahim, kelmarin.

Tunku Ismail juga mengulas berhubung status pemain warisan, Dion Cools dengan menegaskan JDT belum ada perancanga­n untuk mendapatka­n khidmatnya kerana dia masih ada kontrak dengan kelab yang diwakiliny­a. “Jika kami mahu mendapatka­n Cools menyertai JDT, kami perlu membayar pampasan dengan jumlah yang tinggi. Jadi biar dia terus bermain bersama kelabnya dan kita tunggu sehingga tamat kontrak. Kita tunggu musim depan dia akan bersama JDT,” katanya.

 ?? (Foto FB Kedah Darul Aman FC) ??
(Foto FB Kedah Darul Aman FC)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia