Berita Harian

Dedah rahsia ‘pegang‛ De Paula, Liridon

-

Kuala Lumpur: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahka­n mengapa kelab itu mengikat Guilherme De Paula dan Liridon Krasniqi sedangkan tidak menggunaka­n sepenuhnya dua pemain naturalisa­si itu.

Tunku Ismail yang juga Pemangku Raja Johor menjelaska­n tindakan itu dilakukan bagi mengelak pencabar mereka dalam Liga Malaysia (Liga M) tidak memiliki lebihan pemain import.

Bagaimanap­un, Tunku Ismail menyifatka­n Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melakukan kesilapan apabila memberi taraf naturalisa­si kepada De Paula dan Liridon kerana usia mereka yang sudah meningkat.

“Saya ambil dia (De Paula) dekat sini sebab saya tak nak orang lain ada lebih pemain asing, lepas itu saya suruhlah dia duduk diam-diam.

“Sama macam Liridon, itu adalah silap FAM untuk membawa mereka menjadi sebahagian dalam projek jangka pendek, kerana umur mereka sudah begitu meningkat.

“Kalau betul-betul nak pemain berkualiti yang boleh beri sumbangan kepada negara, dia mesti pemain yang lebih muda dan awak boleh pakai lebih lama, macam mana Jepun buat dahulu.

“Untuk ada pemain berumur macam De Paula dan Liridon adalah kesilapan, tetapi JDT terpaksa rekrut cepat-cepat sebab takut orang lain ada tambahan pemain import, saya jujur,” katanya.

Tunku Ismail berkata demikian pada majlis perjumpaan bersama penyokong JDT di bilik sidang media Stadium Sultan Ibrahim, malam kelmarin.

De Paula dan Liridon menjadi antara pemain sering menjadi bahan kritikan dan kecaman penyokong setiap kali dipanggil menyarung jersi Harimau Malaya.

Guilherme De Paula

Liridon Krasniqi

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia