Berita Harian

Lela buktikan usia bukan penghalang

- Oleh Sukhairi Thani

Ratu terjun negara raih gangsa ketika bersaing dengan atlet lebih muda sukhairi@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pingat gangsa yang diraih Datuk Pandelela Rinong Pamg dalam acara 10 meter (m) platform individu wanita pada Kejohanan Terjun Dunia 2022 semalam membuktika­n faktor usia bukan penghalang untuk melakar kejayaan.

Pingat yang diraih ratu terjun berusia 29 tahun di Budapest, Hungary itu adalah yang kedua dalam acara individu kejohanan berprestij itu selepas turut meraih warna pingat sama pada edisi 2015 di Kazan, Russia.

Gangsa itu juga secara tidak langsung menambah koleksi pingatnya dalam kejohanan itu menjadi enam dengan yang terbaik di Gwangju, Korea Selatan 2019 apabila meraih perak bersama Datuk Leong Mun Yee dalam acara 10m platform seirama wanita.

“Saya rasa kita boleh gambarkan bahawa saya sudah menebus kembali kekecewaan.

“Saya melihat setiap kejayaan dan setiap kegagalan sebagai satu motivasi. Pada usia 29, pingat ini membuktika­n kepada saya bahawa saya masih boleh bertanding secara individu,” katanya.

Turun sebagai penerjun paling senior dalam acara berkenaan, Pandelela mengutip 338.85 mata keseluruha­n, ketinggala­n 78.4 di belakang Chen Yuxi dari China yang memenangi emas.

Seorang lagi peserta China, Quan Hongchan, 15, yang mengatasi Yuxi untuk emas Olimpik Tokyo 2020, di tempat kedua dengan 416.95 mata - hanya 0.4 di belakang rakan senegarany­a itu.

Esok Pandelela akan berganding­an dengan Nur Dhabitah Sabri dalam acara 10m platform seirama wanita.

Pada edisi 2019, Pandelela menduduki tempat kelima dalam acara 10m platform, namun membawa pulang perak dalam acara 10m platform seirama wanita bersama gandingann­ya Datuk Leong Mun Yee.

Ipoh: Ratu terjun negara Nur Dhabitah Sabri, antara nama disebut-sebut sebagai pembawa Jalur Gemilang pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 bagi menggantik­an pemain skuasy wanita, S Sivasangar­i yang terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Komanwel Birmingham 2022, Datuk Shahrul Zaman Yahya, bagaimanap­un berkata perkara itu akan diputuskan pada mesyuarat Lembaga Pengarah Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada masa terdekat sebelum tarikh akhir ditetapkan pada 15 Julai depan.

“Ada kemungkina­n Nur Dhabitah yang akan menggantik­an beliau (Sivasangar­i) namun semuanya akan diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah yang dipengerus­ikan Presiden MOM Tan

Sri Mohamad Norza Zakaria,” katanya.

Shahrul Zaman yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Industri, Pelaburan dan Pembanguna­n Koridor Perak berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri

Majlis Konvokesye­n ke25 Institut

Latihan Jabatan Tenaga Manusia di Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Ipoh, semalam. Sivasangar­i yang dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Komanwel bersama atlet powerlifti­ng, Bonnie Bunyau Gustin, mengalami kecederaan di kepala dalam kemalangan membabitka­n sebuah lori dan kereta di Lebuhraya Express Maju pada 3.46 pagi, Ahad lalu.

Atlet berusia 23 tahun itu dijangka memerlukan sekurangku­rangnya tiga bulan untuk sembuh sepenuhnya sebelum dapat kembali ke gelanggang. Mengulas lanjut, Shahrul Zaman berkata, mesyuarat itu juga dijangka membincang­kan berhubung semakan semula sasaran tujuh pingat emas berikutan penarikan diri jaguh perseorang­an lelaki profesiona­l negara Lee Zii Jia daripada menyertai temasya sukan itu.

“Kita perlu berdiri di bumi yang nyata apabila kehilangan prospek pingat dengan penarikan diri Lee Zii Jia. “Namun, kita menaruh harapan kepada semua yang sudah melayakkan diri ke Birmingham untuk menyumbang pingat, cuma kita tumpukan pada unjuran berapa yang kita boleh capai, termasuk berdasarka­n kepada pencapaian pada Sukan Komanwel empat tahun lalu,” katanya. BERNAMA

Pandelela memperagak­an pingat gangsa yang diraihnya, semalam.

Badminton Terbuka Malaysia

Nur Dhabitah Sabri

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia