Berita Harian

Soon Huat-shevon singkir rakan sepelatih

-

Kuala Lumpur: Gandingan beregu campuran profesiona­l negara, Goh Soon Huat-shevon Lai yang masih dalam proses pemulihan daripada insiden keracunan makanan di Indonesia baru-baru ini menunjukka­n semangat juang tinggi pada saingan Terbuka Malaysia 2022, semalam.

Soon Huat-shevon mengatasi rakan sepelatih yang juga pilihan ketujuh kejohanan Tan Kian Meng-lai Pei Jing 21-18, 19-21, 2118 dalam tempoh sejam pada aksi pusingan pertama yang berlangsun­g di Axiata Arena Bukit Jalil.

“Bagi kami ia (insiden keracunan makanan) sangat mencabar. Keadaan (kesihatan) Soon Huat sangat teruk di Indonesia dan ia mengambil masa untuk pulih.

“Malah, sekarang pun, masih ada kesakitan di bahagian perut. Seperti saya pula, saya masih diarrhea. Ia agak mencabar kerana seperti badan saya tidak menerima nutrisi sepatutnya dan mudah letih,‘ kata Shevon.

Soon Huat-shevon dijadual bertemu pasangan Korea Selatan, Kim Wo Ho-jeong Na Eun yang sebelum itu menewaskan gandingan India, Venkat Gaurav Prasad-juhi Dewangan 21-15, 21-9 pada pusingan kedua.

Mengulas mengenai kemenangan pertama yang terpaksa menemui rakan sepelatih, Kian Meng-pei Jing, Soon Huat-shevon berkata: “Saya rasa setiap kemenangan amat penting untuk kami mara ke pusingan seterusnya dan ia memberikan motivasi. Kami berdua mahu membawa bendera Malaysia ke peringkat lebih tinggi.”

Pada kejohanan berturut-turut di Indonesia baru-baru ini, Soon Huat-shevon tewas seawal pusingan pertama Masters Malaysia di tangan gandingan Thailand, Supak Jomkoh-supissara Paewsampra­n 17-21, 16-21.

Mereka kemudian tewas pada pusingan kedua Terbuka Indonesia di tangan gandingan senegara, Hoo Pang Ron-toh Ee Wei 19-21, 19-21 dalam tempoh 39 minit.

Aksi beregu campuran Malaysia, Goh Soon Huat-shevon Lai ketika menentang Tan Kian Meng-lai Pei Jing pada pusingan pertama Terbuka Malaysia di Axiata Arena, semalam.

 ?? (Foto Aswadi Alias/bh) ??
(Foto Aswadi Alias/bh)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia