Berita Harian

Maruah TFC, dendam NSFC

- Oleh Zulfaizan Mansor

Liga Super

zulfaizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Aksi berdepan Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam ini akan menjadi medan penebus maruah buat Terengganu FC (TFC).

Ia susulan kekalahan memalukan skuad kendalian Nafuzi Zain itu di tangan pasukan tangga tercorot, Penang pada Rabu lalu yang mana skuad Penyu menjadi mangsa pertama Harimau Kumbang di pentas Liga Super musim ini.

Jika mengambil kira rekod pertemuan kedua-dua pasukan, TFC mempunyai kemampuan untuk menundukka­n NSFC dengan mereka menjadi pasukan pertama yang mengalahka­n skuad Hobin Jang Hobin musim ini iaitu ketika aksi pusingan pertama Piala FA, 29 April lalu.

Namun, prestasi kurang konsisten yang dipamerkan anak buah Nafuzi yang menyaksika­n mereka menghuni tangga kesembilan dengan sembilan mata selepas enam aksi Liga Super musim ini sedikit menggusark­an penyokong TFC.

Rekod tiga kemenangan dan tiga kekalahan setakat ini bukanlah satu pencapaian yang baik buat TFC yang pada awal musim dianggap sebagai antara pasukan gergasi dan mampu menjadi pencabar kejuaraan Liga Super.

Malah, berdepan NSFC yang dianggap pasukan kedua paling liat untuk dikalahkan selepas JDT juga bukan satu tugas mudah buat TFC yang dilihat masih mencari rentak terbaik untuk musim ini.

Mungkin rekod pertemuan dan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri menjadi sandaran utama TFC untuk memerangka­p anak buah K Devan dan menjadi pasukan kedua mengalahka­n NSFC dalam liga musim ini selepas JDT.

Sukan 46

Pemain Negeri Sembilan menjalani latihan menjelang aksi menentang TFC malam ini.

 ?? (Foto FB Negeri Sembilan Football Club) ??
(Foto FB Negeri Sembilan Football Club)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia