Berita Harian

‘Keputusan Tun M mengecewak­an’

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir dan Ilah Hafiz Aziz bhnews@bh.com.my

Wan Junaidi kesal bekas Perdana Menteri enggan beri kerjasama

Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, kecewa dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad enggan

bekerjasam­a dalam siasatan menyemak isu dan tindakan perundanga­n berhubung kes Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan selagi bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menjadi Pengerusi Pasukan Petugas Khas (PPK).

Bagaimanap­un, beliau mengesahka­n Mohamed Apandi akan terus menjalanka­n tanggungja­wabnya dan PPK berkenaan akan meneruskan komitmen untuk menghasilk­an laporan akhir seperti dirancang, selaras tujuan penubuhann­ya.

Katanya, keputusan Dr Mahathir yang enggan bekerjasam­a dengan PPK berkenaan sebagai tindakan mengejutka­n panel penemu bual dan perkara yang sepatutnya dapat dikongsika­n bekas Perdana Menteri itu tidak dapat diperoleh PPK.

“Saya dan PPK Semakan Undang-undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengambil maklum pendirian Dr Mahathir untuk tidak meneruskan sesi temu bual saksi bersama Jawatankua­sa Kecil Tort of Misfeasanc­e yang dijadualka­n di AGC, semalam (kelmarin).

“Sebenarnya, tiada isu berbangkit berkaitan keputusan Jemaah Menteri melantik Mohamed Apandi yang juga bekas Peguam Negara, sebagai Pengerusi PPK itu kerana pertimbang­an sewajarnya sudah dilaksanak­an terhadap keputusan menubuhkan pasukan PPK berkenaan.

“Justeru sebarang bantahan berkaitan kedudukan Pengerusi PPK sewajarnya dibangkitk­an lebih awal untuk perhatian kerajaan, sebelum Mohamed Apandi dilantik ke jawatan itu, pada 29 Oktober lalu,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Kelmarin, BH melaporkan Dr Mahathir berkeras tidak akan bekerjasam­a dalam siasatan menyemak isu dan tindakan perundanga­n berhubung kes Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan selagi Mohamed Apandi kekal sebagai Pengerusi PPK berkenaan.

Ahli Parlimen Langkawi itu dilapor berkata, beliau hanya sedia menjawab segala persoalan jika Mohamed Apandi ditukar dan pihak ketiga yang tidak mempunyai kepentinga­n dibawa masuk ke dalam siasatan.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, PPK berkenaan dilantik dengan tujuan spesifik untuk meninjau dan mengkaji opsyen perundanga­n untuk Malaysia serta menyiasat berkaitan penarikan rayuan kes ini di Mahkamah Keadilan Antarabang­sa (ICJ), pada 2018.

“PPK sudah pun menjalanka­n tugas mereka selama tujuh bulan sehingga laporan interim disediakan dan laporan akhir serta tindakan susulan sedang disediakan pasukan petugas khas berkenaan.

“Adalah mustahil untuk saya bertindak sewenang-wenangnya tanpa sebarang justifikas­i untuk mengeluark­an Mohamed Apandi sebagai Pengerusi apabila Jemaah Menteri membuat keputusan berkaitan pelantikan beliau.

“PPK hanya ingin mendengar dan mendapatka­n pandangan mengenai situasi pada 2018 apabila kerajaan menarik balik rayuan kes ini di ICJ.

“Dr Mahathir sedia maklum akan pelantikan Pengerusi PPK oleh Jemaah Menteri dan beliau sebenar nya boleh menolak untuk hadir ke sesi pagi ini (semalam) di Jabatan Peguam Negara (AGC),” katanya.

Dalam perkembang­an sama, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta beberapa pemimpin negara, termasuk Dr Mahathir memberi kerjasama dengan memberikan penjelasan mengenai isu sewaktu pemerintah­an Pakatan Harapan (PH).

Menurut Najib, mereka yang dipilih memimpin rakyat perlu bertanggun­gjawab kepada kerajaan dan rakyat.

Antara isu yang dibangkitk­an Najib dan memerlukan penjelasan Dr Mahathir serta bekas Peguam Negara, Tommy Thomas adalah Suruhanjay­a Siasatan Bagi Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Bank Negara Malaysia dan pertikaian mengenai Batu Puteh serta kes mahkamah pemimpin PH.

“Perangai atok (Dr Mahathir) sebiji dengan si Tommy. Enggan beri kerjasama kepada kerajaan hari ini.

“Malah, Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) pun mereka tak hormat. Seperti laporan polis yang merupakan arahan RCI BNM ditarik balik oleh kerajaan PH dan diklasifik­asikan sebagai tiada tindakan lanjut ketika Atok merupakan PM dan Tommy merupakan Peguam Negara,” katanya di laman Facebookny­a semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia