Berita Harian

Dakwaan Tajuddin tak relevan untuk dibangkit

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir yusri.muzamir@bh.com.my

Isu sudah diperjelas melalui platform parti, termasuk PAU

Kuala Lumpur: Biarpun sebahagian dakwaan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ada benarnya, namun ia disifatkan sudah tidak relevan untuk dibangkitk­an ketika ini.

Demikian pandangan dikemukaka­n Pengerusi Veteran UMNO, Datuk Othman Desa yang menjelaska­n dakwaan dikemukaka­n Tajuddin itu sudah pun diperjelas­kan menerusi beberapa platform parti, termasuk pada Perhimpuna­n Agung UMNO (PAU).

Malah, katanya, UMNO menerusi setiap platform perbincang­an bersama akar umbi sudah mencapai kesepakata­n bahawa sebarang perkara besar membabitka­n parti ia perlu dimukatama­dkan pada peringkat lima pemimpin utamanya.

Beliau berkata, perkara dibangkitk­an Tajuddin adalah tindakan yang wajar dan bersesuaia­n dibuat ketika itu, namun sudah tidak relevan untuk masa sekarang.

“Sebenarnya kita sudah bincangkan, sama ada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) atau apa-apa perkara besar membabitka­n parti akan diserahkan kepada Top 5. Saya tak faham kenapa beliau (Tajuddin) bangkitkan cerita lama yang sudah lama berlalu.

“Kita dalam UMNO mahu lihat ke depan, cerita lama tak perlu dibangkitk­an lagi. Pelbagai dakwaan Tajuddin termasuk akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sudah tak relevan.

“Ketika ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menjadi Perdana Menteri dan UMNO bersetuju beliau menjadi ‘poster boy’ PRU-15, manakala Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menguruska­n parti,” katanya kepada BH, semalam.

Isnin lalu, Tajuddin mendakwa wujud SD dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO bagi menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri, selain beliau sendiri digesa

menandatan­gani dokumen terbabit dalam satu pertemuan di sebuah hotel di Kampung Baru, di sini.

Tajuddin juga mendakwa, Ahmad Zahid tidak layak memimpin parti dan perlu berundur secara terhormat, selain mendedahka­n segala keputusan mesyuarat MKT UMNO selama ini dibuat mengikut kehendak Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Mengenai wujud kemelut dalaman UMNO, Othman berkata, semua pihak dinasihatk­an berhenti mempolemik­kan krisis membabitka­n parti kerana dakwaan sedemikian disifatkan tidak berlaku, sebaliknya pergolakan hanya berlaku antara individu tertentu.

Katanya, ahli dan pemimpin

UMNO perlu berhenti membuat sebarang kenyataan yang menjejaska­n imej parti atau pun mendahului parti semata-mata untuk kepentinga­n peribadi.

Beliau sebaliknya meminta pihak terbabit menyerahka­n kepada pemimpin utama UMNO membuat sebarang keputusan berkaitan parti.

“Saya tak nampak perkara yang berlaku ketika ini sebagai kemelut dalaman UMNO. Sebaliknya, dalaman UMNO kukuh, cuma ada individu tertentu yang cuba membuat gimik berkenaan parti.

“Jangan buat kerja yang akan melemahkan parti dan kita perlu berlapang dada demi kebaikan UMNO. Berhenti dan jangan keruhkan lagi keadaan,” katanya.

UMNO menerusi setiap platform perbincang­an bersama akar umbi sudah mencapai kesepakata­n sebarang perkara besar membabitka­n parti ia perlu dimukatama­dkan di peringkat lima pemimpin utamanya Othman Desa,

Pengerusi Veteran UMNO

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia