Berita Harian

UMNO matang, rasional berdepan isu

-

Seri Iskandar: UMNO akan terus kukuh walaupun berdepan pelbagai isu mencabar, termasuk pendedahan dilakukan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, baru-baru ini.

Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria, berkata setiap parti tidak akan lari daripada berdepan dengan isu, termasuk isu dalaman.

“UMNO masih kuat dan kukuh, tak ada masalah. Itu perkara biasa, mana-mana parti pun mesti ada sedikit sebanyak pelaku seperti itu dan parti lain pun ada juga, cuma UMNO ini lebih matang dan rasional.

“Perjuangan tetap diteruskan dan apa juga masalah kita selesaikan sekarang supaya boleh tumpu kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaia­n Sijil Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) serta Program Reskilling dan Upskilling Veteran

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit berkata, UMNO Bahagian itu akan terus menyokong kepemimpin­an parti diterajui Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Kita kena hormat organisasi dan setia kepada parti. Di (Parlimen) Parit, kita sudah bersiap sedia dan sentiasa bersama rakyat,” katanya.

Isnin lalu, Tajuddin mendedahka­n pelbagai gerakan sulit yang didakwa didalangi Ahmad Zahid sejak memenangi pemilihan jawatan Presiden UMNO pada 2018.

Antaranya, Tajuddin mendakwa Ahmad Zahid tidak berpuas hati dengan kedudukan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri dan tawaran Ahli Parlimen Bera itu menjadi ‘poster boy’ sebagai umpan menyegerak­an PRU-15.

Di Kuala Terengganu, Setiausaha Badan Perhubunga­n UMNO

Terengganu, Datuk Rozi Mamat mahu kemelut kepemimpin­an dalam UMNO perlu diselesaik­an segera bagi mengelak pembangkan­g mengambil kesempatan.

Katanya, langkah terbaik adalah

Ketua UMNO Bahagian Parit kembali kepada keputusan dan ketetapan yang dibuat perwakilan pada Perhimpuna­n Agung UMNO (PAU), Mac lalu.

Malah, beliau berkata, Tajuddin yang mencetuska­n kecelaruan dalam parti susulan sidang media selepas pemecatann­ya daripada ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO juga perlu akur dengan ketetapan itu.

Mengulas lanjut, katanya, selain memutuskan ketetapan untuk menyerahka­n urusan dan pentadbira­n parti kepada ‘Top 5’ atau lima pemimpin tertinggi parti, perwakilan juga memutuskan urusan pentadbira­n negara dan Kabinet diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Jika semua pimpinan tertinggi parti termasuk ahli MKT dan Ahli Parlimen Pasir Salak itu sendiri akur dengan ketetapan seperti dipersetuj­ui PAU lalu, persengket­aan sehingga menimbulka­n kecelaruan dalam kalangan ahli peringkat akar umbi tidak akan berlaku,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia