Berita Harian

20 gerakan siswa gesa potong gaji menteri, timbalan

- Oleh Latifah Arifin latifah@bh.com my

Wakil pelajar kemuka lima tuntutan tangani situasi kenaikan harga barang

Kuala Lumpur: Pemotongan gaji menteri dan timbalan menteri yang jumlahnya disifatkan sangat tinggi menjadi antara lima tuntutan yang dikemukaka­n kepada kerajaan oleh 20 gerakan mahasiswa di seluruh negara bagi menangani situasi kenaikan harga barang yang berlaku secara mendadak ketika ini.

Wakilnya yang juga Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabang­sa (KPUIAM), Aliff Naif Mohd Fizam, berkata pembayaran gaji menteri dan timbalanny­a di negara ini dianggap sebagai tidak masuk akal terutama ketika rakyat berdepan bebanan kos sara hidup yang tinggi.

“Dengan jumlah Kabinet yang besar, adalah lebih baik jika menteri menyahut tuntutan ini dan menunjukka­n kebersamaa­n mereka bersama rakyat.

“Kami juga menuntut bantuan yang bermaruah dapat diberikan kepada semua lapisan masyarakat.

Bantuan sedia ada jelas tidak mencukupi dan tidak dapat mengurangk­an beban kos sara hidup rakyat akibat kenaikan harga barangan,” katanya kepada BH, semalam.

Selain KPUIAM, antara gerakan mahasiswa yang bergabung dalam mengemukak­an tuntutan itu termasuk Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM), Angkatan Mahasiswa UM, Republican UKM, Idealis Mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Sebelum ini, KPUIAM dan KMUM menyuaraka­n bantahan berhubung isu kenaikan harga barang dan menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas bagi mengurangk­an bebanan rakyat.

Aliff Naif berkata, gerakan itu turut menuntut kerajaan mengekalka­n subsidi sedia ada dan tidak mengurangk­an sebarang bentuk subsidi yang lain.

“Tekanan yang dahsyat bakal dirasai masyarakat jika ada subsidi dihapuskan. Antara cadangan kami adalah meletakkan harga siling yang tepat untuk menyelesai­kan isu ini, seperti menetapkan harga siling bagi dedak supaya harga ayam terus stabil.

“Kami juga menggesa Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengawal harga barangan serta makanan kafeteria dan vendor dalam universiti kerana berlaku peningkata­n harga makanan yang mendadak.

“Kerajaan perlu mengambil kira golongan mahasiswa tidak ada pendapatan dan kami turut menggesa pelajar mengambil gambar sebagai bukti kenaikan harga untuk dilaporkan,” katanya.

Selain itu, Aliff Naif berkata, tuntutan kelima adalah memggesa kerajaan menyelesai­kan isu masalah jaminan sekuriti makanan.

Beliau berkata, kerajaan perlu memandang serius dan memberikan solusi jangka pendek dan panjang kerana ia membabitka­n kelangsung­an hidup rakyat.

Katanya, sekiranya harga barang terus meningkat, gerakan itu akan mengadakan protes di jalanan bagi menuntut penyelesai­an segera dilaksanak­an kerajaan.

Jakarta: Kementeria­n Luar Indonesia sedang berusaha mendapatka­n penjelasan daripada Jabatan Imigresen Negeri Sabah susulan laporan yang dikeluarka­n Gabungan Buruh Migran Berdaulat (KBMB) akan layanan terhadap warganya di depot tahanan di Malaysia.

Laporan itu mendakwa berlaku kematian dan layanan tidak berperikem­anusiaan terhadap tahanan warga Indonesia di Depot Tahanan Imigresen di Tawau, Sabah.

Bagaimanap­un, pada Selasa laporan itu disangkal oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud yang berkata, ia satu tuduhan tidak berasas.

Pengarah perlindung­an rakyat di kementeria­n itu, Judha Nugraha, berkata dalam satu kenyataan Konsulat Jeneral Republik Indonesia Kota Kinabalu dan Konsulat Republik Indonesia Tawau telah dijadualka­n bertemu Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sabah kelmarin (Selasa).

Pertemuan itu untuk meminta maklumat mengenai penemuan KBMB, sebagai usaha Kerajaan Indonesia melindungi warga dan tenaga kerja republik itu di Sabah.

Pihaknya juga akan membuat tindakan susulan secara bilateral dengan pihak berkuasa Malaysia sekiranya maklumat dalam laporan itu disahkan, katanya.

Jumaat lalu, ahli-ahli KBMB mengadakan demonstras­i di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan berhubung dakwaan itu.

Sementara itu di Kuala Lumpur, Khairul Dzaimee dalam penjelasan­nya berkata pengurusan depot imigresen Malaysia menepati piawaian dan standard ‘The Mandela Rules’ serta memberi layanan baik kepada semua tahanan termasuk tahanan Indonesia.

Rawatan kesihatan awal turut diberikan oleh kakitangan Kementeria­n Kesihatan Malaysia yang ditempatka­n secara kader di semua depot imigresen, manakala kes kesihatan serius dibawa ke hospital.

Seramai 18 tahanan Indonesia meninggal dunia di Sabah pada 2021 dan enam orang tahun 2022 semasa dirawat di hospital, kata Khairul Dzaimee dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kematian disebabkan pelbagai penyakit seperti masalah jantung, buah pinggang, COVID-19 serta paru-paru berair.

Sementara itu, agensi berita Antara melaporkan Ketua Badan Pelindunga­n Pekerja Migran Indonesia (BP2MI), Benny Rhamdani akan ke Malaysia pada masa terdekat untuk melawat depot tahanan tenaga kerja Indonesia. BERNAMA

Khairul Dzaimee Daud

 ?? (Foto hiasan) ?? Dakwaan layanan tidak berperikem­anusiaan terhadap warga Indonesia di depot tahanan di Malaysia disifatkan tidak berasas.
(Foto hiasan) Dakwaan layanan tidak berperikem­anusiaan terhadap warga Indonesia di depot tahanan di Malaysia disifatkan tidak berasas.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia