Berita Harian

Operasi doktor gigi palsu dijangka naik mendadak

- Oleh Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@bh.com.my

Penularan COVID-19

KKM terima 528 aduan pada fasa peralihan endemik

Kuala Nerus: Kementeria­n Kesihatan (KKM) menjangka kegiatan mereka yang menawarkan perkhidmat­an doktor gigi palsu atau tidak bertauliah akan kembali meningkat selepas peralihan negara ke fasa endemik.

Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) KKM, Dr Noormi Othman, berkata pembukaan semula sektor ekonomi dan kebenaran rentas negeri memberi ruang kepada pihak berkenaan beroperasi kembali selepas ia tertangguh susulan pandemik COVID-19.

Beliau berkata, kebanyakan doktor palsu atau pengamal perubatan haram itu menawarkan perkhidmat­an secara bergerak dengan mempromosi­kan perkhidmat­an menerus imedia sosial.

Katanya, sebanyak 528 aduan diterima di seluruh negara membabitka­n kegiatan pengamal pergigian palsu dalam tempoh lima tahun bermula 2017.

“Trend kes ini menunjukka­n peningkata­n dalam tempoh 2014 hingga 2019 dan hanya menurun pada 2020 dan 2021 iaitu masing-masing sebanyak 129 aduan serta 89 aduan.

“Penurunan itu mungkin disebabkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19 yang merencatka­n pergerakan mereka.

“Jadi kita khuatir dengan pembukaan semula dan kehidupan yang hampir normal seperti sedia kala, kegiatan ini akan mula semula,” katanya selepas sambutan pelancaran Kempen ‘Say No To Fake Dentists’

Bahagian Kesihatan Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) 2022 di sini semalam.

Mengulas pecahan aduan yang diterima, Dr Noormi berkata, sebanyak 377 kes atau 71.4 peratus membabitka­n kes pendakap gigi palsu, 58 kes venir pergigian dan lain-lain kes seperti pembuatan gigi palsu, cabutan gigi serta pemutihan gigi sebanyak 93 kes.

Katanya, daripada 528 aduan diterima, sebanyak 10 peratus pengamal perubatan palsu dengan kebanyakan­nya adalah wanita sudah dikenakan tindakan.

“Kebanyakan pengamal perubatan yang ditahan berusia antara 20 hingga 30 tahun dengan majoriti mangsa juga berada dalam lingkungan umur sama.

“Sebab itu, kita mempergiat­kan kempen ini untuk mengingatk­an masyarakat untuk lebih peka dan mengambil berat risiko dialami sekiranya mendapatka­n perkhidmat­an daripada pengamal pergigian haram,” katanya.

 ?? (Foto Zatul Iffah Zolkiply/bh) ?? Dr Noormi (tengah) ketika sambutan pelancaran Kempen ‘Say No To Fake Dentists’ Bahagian Kesihatan Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) 2022, semalam.
(Foto Zatul Iffah Zolkiply/bh) Dr Noormi (tengah) ketika sambutan pelancaran Kempen ‘Say No To Fake Dentists’ Bahagian Kesihatan Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) 2022, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia