Berita Harian

‘Pastikan kesahihan jika ditawar visa furada’

-

Kuala Lumpur: Umat Islam di negara ini dinasihatk­an supaya lebih teliti dan berhati-hati sebelum menggunaka­n khidmat mana-mana pihak yang menawarkan visa furada bagi menunaikan ibadah haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata ini bagi mengelakka­n mereka daripada menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggun­gjawab menawarkan pakej haji palsu.

“Visa furada adalah visa yang tidak berkaitan dengan Tabung Haji (TH). Kita harapkan biar verify (sahkan) elok-elok. Kita tak mahu nanti apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini, bebannya nanti diletakkan pada TH.

“Sebab itu kita harapkan supaya apa sekalipun, pastikan supaya visa itu memang tulen dan ada penerbanga­n dan penginapan di sana. Itu yang kita harapkan kepada mereka kalau ditawarkan dengan visa furada ini,” katanya kepada

semalam. Visa furada ialah visa yang diuruskan sendiri dan dilaporkan dikeluarka­n oleh Arab Saudi, tanpa membabitka­n jumlah kuota yang diperoleh TH.

Media sebelum ini melaporkan hasil tinjauan menerusi media sosial mendapati promosi berkaitan visa furada semakin rancak dilakukan oleh pihak tidak bertanggun­gjawab yang menjanjika­n bakal jemaah berlepas pada 5 Julai.

Promosi itu agak meragukan kerana Arab Saudi sudah menetapkan penerbanga­n terakhir bagi haji adalah pada 4 Julai apatah lagi ia semakin hampir dengan Hari Wukuf.

Pakej yang ditawarkan bermula daripada RM38,000 hingga RM56,000 dengan bayaran pendahulua­n RM15,000 untuk urusan visa di Kedutaan Arab Saudi.

Meskipun meminta deposit, pelanggan dimaklumka­n peluang ke Tanah Suci hanyalah 50-50, dan sekiranya gagal, wang akan dikembalik­an pada tempoh yang tidak dapat dipastikan atau pemohon boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa berdasarka­n resit yang akan diserahkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia