Berita Harian

Mustapa nafi seleweng dana UMNO Kelantan

- Oleh Ilah Hafiz Aziz illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my

Peruntukan diurus ikut garis panduan parti

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan beliau menyelewen­g peruntukan Badan Perhubunga­n UMNO Kelantan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) itu berkata, semua dana parti diuruskan mengikut garis panduan parti termasuk dana untuk pilihan raya.

Malah, beliau berkata, dana itu diuruskan jawatankua­sa berkenaan pada peringkat Badan Perhubunga­n UMNO.

“Saya merujuk kepada laporan media mengenai perbicaraa­n di Mahkamah Tinggi membabitka­n Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membuat kenyataan saya yang juga Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Kelantan pada masa itu, menyelewen­g peruntukan kepada Badan Perhubunga­n

UMNO Kelantan sebelum PRU-14.

“Saya menafikan kenyataan Ahmad Zahid itu, malah penyertaan saya dalam BERSATU bukan untuk mengelak siasatan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Mustapa berkata, selepas PRU-14, beliau dipanggil memberi keterangan kepada pihak berkuasa sebanyak dua kali iaitu pada akhir 2018 dan awal tahun 2019.

“Saya dipanggil memberi keterangan mengenai perkara berikut iaitu sebagai bekas ahli Jemaah Menteri, saya diminta memberi keterangan kepada Suruhanjay­a

Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan minit Mesyuarat Jemaah Menteri mengenai projek Trans Sabah Gas Pipeline.

“Selain itu, sebagai bekas Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Kelantan, saya memberi keterangan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan dana dimasukkan dalam akaun Badan Perhubunga­n UMNO Kelantan yang didakwa diperoleh daripada sumber 1 Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB),” katanya.

Beliau berkata, kenyataan Ahmad Zahid itu pernah dibangkitk­an beberapa pihak sebelum ini dan pada 20 September 2018, SPRM

Ahli Parlimen Je turut menafikan perkara itu.

“Malah Setiausaha Badan Perhubunga­n UMNO Kelantan ketika itu juga turut memberi penjelasan mengenai pengurusan dana PRU-14 pada 16 Januari 2019,” katanya.

Mustapa berkata, tuduhan sedemikian berniat untuk mencemarka­n reputasiny­a sebagai ahli Jemaah Menteri dan Ahli Parlimen.

Perjanjian perdaganga­n bebas Asean-australia-new Zeland

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia