Berita Harian

Malaysia yakin rundingan dimuktamad akhir tahun

-

Putrajaya: Malaysia optimis proses rundingan untuk menaik taraf perjanjian perdaganga­n bebas (FTA) Asean-australia-new Zeland (AANZFTA) dapat dimuktamad­kan menjelang hujung tahun ini.

Menteri Kanan Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata sekiranya dapat dimuktamad­kan segera, ia mampu memperkuku­h kerjasama ekonomi dalam bidang strategik baharu.

Katanya, perjanjian perdaganga­n bebas itu penting kepada negara ini kerana Malaysia hanya mempunyai ekonomi dan negara dagang yang kecil.

“Pasaran dalam negara ini kecil, sudah tentu dengan penyertaan Malaysia dalam banyak perjanjian perdaganga­n bebas ini akan membuka ruang kepada ekonomi negara.

“Malaysia memerlukan rakan dari negara lain bagi mengembang­kan potensi atau memberikan pasaran secara meluas.

“Sehingga kini, kita sudah berjaya menandatan­gani dan meratifika­si 15 perjanjian perdaganga­n bebas, membabitka­n tujuh perjanjian secara bilateral dan lapan daripadany­a secara serantau,” katanya selepas menerima

Kunjungan Hormat Menteri Luar Negara Australia, Peny Wong.

Kunjungan hormat kira-kira satu jam itu diadakan di sebuah hotel di sini, semalam.

Mohamed Azmin berkata, dengan AANZFTA ini, ia akan memberi peluang kepada pemain tempatan untuk menembusi pasaran dalam kalangan negara-negara ASEAN serta di Australia dan New Zealand.

“Kita akan dapat menikmati duti import yang dihapuskan atau pasaran yang lebih meluas, seterusnya memberi manfaat kepada negara kita,” katanya.

Dalam pertemuan itu, Mohamed Azmin berkata, pihaknya turut membincang­kan untuk menyemak semula beberapa platform kerjasama perdaganga­n supaya lebih relevan kepada tuntutan semasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia