Berita Harian

Pengerusi kelab minta kerja berkebun dibenarkan

- Oleh Suzalina Halid dan Awatif Hasani bhnews@bh.com.my

Pusat Komuniti Kebun-kebun Bangsar

Lesen Pendudukan Sementara dimohon semula kepada PTG Wilayah Persekutua­n

Kuala Lumpur: Pusat Komuniti Kebun-kebun Bangsar akan memohon semula Lesen Pendudukan Sementara bagi maksud nurseri kepada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Wilayah Persekutua­n.

Pengerusi Kelab Kebun Bandar, Ng Sek San, berkata pihaknya mahu kerja komuniti yang dilakukan di kawasan tanah milik kerajaan itu sah, berikutan ia dilaksanak­an bagi tujuan penjagaan ekosistem, kepelbagai­an bio dan pendidikan kepada anak muda.

“Kita ada memohon Lesen Pendudukan Sementara pada 2020, namun tidak diluluskan, tiga bulan lalu.

“Kita akan membuat permohonan semula dan kita mahu bekerjasam­a dengan pihak berkuasa supaya dibenarkan untuk terus melakukan kerja kebun di sini kerana kita bukan mencuri,” katanya kepada BH, di sini.

Sebelum ini, tular di laman sosial berhubung notis pemberitah­uan mengosongk­an tapak di Lorong Bukit Pantai 4, di Bangsar yang dibangunka­n projek pertanian.

Susulan itu, Pengarah PTG Wilayah Persekutua­n, Datuk Muhammad Yasir menjelaska­n berlaku pelanggara­n syarat Lesen Pendudukan Sementara (TOL) bagi maksud nurseri di kebun berkenaan sehingga menyebabka­n notis pengosonga­n terpaksa dikeluarka­n.

Sek San berkata, projek komuniti itu dibangunka­n di kawasan seluas kira-kira 3.2 hektar membabitka­n tanaman pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran antaranya betik, pisang, kubis, cili, bendi dan terung.

Beliau berkata, kawasan yang menempatka­n kira-kira 30 pelbagai jenis spesies haiwan dan serangga itu juga dilaksanak­an bukan bagi maksud keuntungan, tetapi bagi tujuan pendidikan, membina ekosistem dan membantu masyarakat miskin.

“Setiap minggu kita dapat menghasilk­an 20 kilogram sayuran yang diagihkan kepada orang miskin dan pelarian.

“Kita turut mempunyai hingga 500 ahli sukarela termasuk 40 yang aktif dalam mengendali­kan projek terbabit,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga hairan berikutan antara alasan pengosonga­n dibuat kerana aduan daripada penduduk sedangkan projek itu mendapat sokongan

daripada kejiranan.

Katanya, ekoran notis pengosonga­n itu mereka terpaksa memberhent­ikan sementara kerja yang biasa dilakukan.

Sementara itu, Sek San berkata, pihaknya akan terus menjalanka­n kebun komuniti itu walaupun notis pengusiran sudah dikeluarka­n PTG Wilayah Persekutua­n yang membolehka­n mereka dipenjara atau didenda sehingga RM500,000 jika mengingkar­i arahan.

Beliau berkata, aktiviti kebun berjalan seperti biasa sehinggala­h pihak berkuasa datang membuat pengusiran di kebun itu.

“Saya tidak menyedari lesen TOL yang diberikan kepada kebun terbabit pada 2016 luput pada 2018.

“Saya juga menafikan kami ada membina struktur haram seperti didakwa DBKL dalam notis dihantar, malah setiap dua bulan mereka datang memeriksa kami di kebun dan melihat sendiri aktiviti di sini,” katanya.

 ?? (Foto Rohanis Shukri/bh) ?? Pusat Komuniti Kebun-kebun Bangsar dibangunka­n di kawasan seluas kira-kira 3.2 hektar membabitka­n pelbagai tanaman.
(Foto Rohanis Shukri/bh) Pusat Komuniti Kebun-kebun Bangsar dibangunka­n di kawasan seluas kira-kira 3.2 hektar membabitka­n pelbagai tanaman.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia