Berita Harian

PERKESO bantu pencarum hilang upaya ceburi bidang keusahawan­an

-

Selayang: Pernah mengalami kecederaan parah pada lutut kiri akibat menjadi mangsa langgar lari, bekas chef sebuah hotel, Mohd Asri Mohd Sharap, 39, tidak patah semangat sebaliknya berazam bangkit dan memulakan perniagaan sendiri.

Juara pertanding­an ‘Masterchef Return To Work’ yang julung kali diadakan oleh Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) itu berkata, kemenangan itu membakar semangatny­a dan dianggap sebagai persediaan untuk kembali bekerja dalam industri makanan.

“Selepas kemalangan motosikal ketika pulang bekerja tahun lalu, saya mengalami kecederaan pada lutut sehingga doktor menasihati supaya berehat dan berhenti kerja.

“Disebabkan itu, saya mengambil keputusan berhenti untuk jalani rawatan dan fisioterap­i. Bekerja sendiri adalah pilihan lebih baik kerana tidak perlu berdiri lama sehingga lapan jam sebagaiman­a kerja saya sebagai chef hotel sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian dan Penyampaia­n Hadiah Masterchef Return To Work di Kolej Komuniti Selayang, semalam.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) PERKESO,

John Riba Marin; Pengarah Kolej Komuniti Selayang, Mohd Ruzi Hamzah; blogger masakan, Nurhayati Zainol Abidin (Yatie Kitchen) dan Ketua Chef serta Pensyarah Seni Kulinari Kolej Komuniti Selayang, Mohammad Kamil Zulkifli.

Mohd Asri yang membawa pulang ketuhar elektrik 60 liter, buku memasak Yatie Kitchen dan sijil penyertaan berkata, PERKESO banyak membantu terutama memberikan latihan kemahiran fizikal dan vokasional bagi membolehka­n pencarum sepertinya kembali berdikari.

Sementara itu, pemenang tempat keempat, Ain Nabilah Md Yusof, 27, yang bekerja sebagai penghantar makanan sebelum kemalangan motosikal yang menyebabka­n dia kehilangan kaki kiri berkata, pertanding­an itu dan latihan masakan secara profesiona­l disediakan mencambah minatnya untuk berniaga sendiri secara kecil-kecilan.

“Saya memang minat memasak daripada kecil dan apabila ditawarkan memasuki pertanding­an ini tentulah seronok kerana turut dibimbing chef profesiona­l.

“Pergerakan saya dengan kaki palsu bukan alasan untuk tidak bekerja. Memasak misalnya tak semestinya berdiri.

“Banyak pergerakan boleh dibuat sambil duduk. Mungkin saya akan mulakan perniagaan kecil di kampung sementara mencari kerja sesuai,” katanya.

Sembilan peserta program ‘Return To Work’ (RTW) terdiri pencarum PERKESO yang mengalami hilang upaya akibat kemalangan pekerjaan atau penyakit, menyertai pertanding­an itu dengan lima daripadany­a dipilih peserta terbaik.

Mereka turut dipulihkan menerusi rawatan rehabilita­si di bawah program RTW.

Untuk rekod, program RTW membantu 45,230 pencarum untuk kembali bekerja dengan lima peratus daripadany­a menceburka­n diri dalam bidang keusahawan­an dan perniagaan.

 ?? (Foto Fariz Iswadi Ismail/bh) ?? Mohd Asri bersama hadiah kemenangan di Kolej Komuniti Selayang.
(Foto Fariz Iswadi Ismail/bh) Mohd Asri bersama hadiah kemenangan di Kolej Komuniti Selayang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia