Berita Harian

Ahmad Zahid nafi TS Consultanc­y bantu UMNO daftar pengundi

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dua cek berjumlah RM360,000 dikeluarka­n Yayasan Akal Budi (YAB) yang diasaskann­ya kepada syarikat TS Consultanc­y & Resources (TSCR) bertujuan untuk membantu UMNO mendaftark­an pengundi pada 2015.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak mengetahui syarikat berkenaan yang menyediaka­n khidmat pusat latihan, ditubuhkan atas inisiatif parti terbabit.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran dalam perbicaraa­n kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan haram dana Yayasan Akalbudi yang dihadapiny­a.

Raja Rozela kemudian mencadangk­an kepada Ahmad Zahid bahawa tertuduh selaku Naib Presiden UMNO ketika itu dikecualik­an daripada mendapat maklumat berkenaan.

Bagaimanap­un Ahmad Zahid menjawab; “Perkara ini tidak pernah dibincangk­an dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) apatah lagi terhadap saya.

Beliau juga tidak pernah menerima taklimat berhubung pembiayaan UMNO kepada syarikat terbabit.

Raja Rozela: Pada 20 Ogos 2015, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar (Pengerusi TSCR) beri taklimat mengenai kedudukan kewangan syarikat itu yang dalam keadaan tenat? Ahmad Zahid: Dia tidak beritahu perkara itu, cuma dia minta bantuan RM100,000 dan menyatakan jumlah yang diperlukan adalah lebih lagi.

Raja Rozela: Kamu ingat atau tidak keterangan Wan Ahmad bahawa TSC dibiayai oleh wang Ibu Pejabat UMNO? Ahmad Zahid: Tidak tahu.

Raja Rozela: Kamu menyatakan tidak tahu kewujudan TSC ketika cek ini dikeluarka­n? Ahmad Zahid: Saya dapat tahu bila dia jelaskan kepada saya, saya tidak tahu bila, sama ada sebelum atau selepas cek dikeluarka­n.

Raja Rozela: Saya katakan cek ini telah dikeluarka­n kepada Datuk Seri. Saya cadangkan ketika cek dikeluarka­n kamu sudah tahu mengenai kewujudan TSC?

Ahmad Zahid: Itu berdasarka­n keterangan Wan Ahmad.

Raja Rozela kemudian mencadangk­an bahawa Wan Ahmad tiada sebab untuk berbohong apabila menyatakan Ahmad Zahid mengetahui tujuan penubuhan TSC, bagaimanap­un Ahmad Zahid berkata, beliau hanya mengetahui Wan Ahmad berhasrat membuat amal jariah melalui percetakan al-quran.

Ahmad Zahid menjelaska­n, Wan Ahmad memberitah­unya tujuan meminta bantuan adalah ke arah itu (percetakan al-quran).

Beliau tidak terfikir Wan Ahmad yang juga bekas pegawai khasnya mempunyai perasaan terhutang budi apabila dikekalkan perkhidmat­an dan dinaikkan pangkat daripada JUSA B kepada JUSA A selepas mengemukak­an rayuan.

“Saya menyatakan pembayaran RM360,000 yang dibuat Yayasan Akalbudi kepada TSC adalah bagi tujuan pembayaran percetakan al-quran selari dengan Memorandum dan Artikel pertubuhan yayasan,” katanya.

Disoal mengenai pemberian cek RM10 juta oleh Yayasan Akalbudi kepada syarikat kontraktor Armada Holdings Sdn Bhd bagi membekal arang batu dari Indonesia untuk kontrak spot TNB Fuel Services Sdn Bhd, Ahmad Zahid berkata, beliau tidak mengetahui Armada belum diperbadan­kan ketika cek dikeluarka­n.

Bagaimanap­un beliau bersetuju kaedah penilaian (due diligence) yang dibuat Yayasan Akalbudi sebelum membuat pelaburan dalam Armada adalah tidak lengkap.

Ahmad Zahid berkata, beliau mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Armada Holdings Sdn Bhd Datuk Wasi Khan @ Wasiyu Zama Israr dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bagi membincang­kan projek itu pada Oktober 2015.

Beliau berkata, Wasi menjelaska­n dalam pertemuan itu, Armada berhasrat untuk menjadi pembekal arang batu kepada syarikat subsidiari TNB manakala Khalid memperinci­kan caj dikenakan oleh TNB kepada Armada untuk didaftarka­n sebagai kontraktor.

Katanya, wang RM10 juta itu untuk tujuan pelaburan.

“Saya tidak kenal Datuk Wasi, tetapi yang kenal Datuk Wasi ialah Datuk K (Khalid) dan Datuk K bukan pemegang saham serta pengarah syarikat itu,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid, beliau tidak ingat sama ada Wasi berjumpa dengannya untuk meminta pertolonga­n bagi mengurangk­an modal berbayar yang dikehendak­i TNB, iaitu RM10 juta supaya syarikat itu boleh didaftarka­n sebagai kontraktor.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia