Berita Harian

Sesi soal balas bermula tegang

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali ajohari@bh.com.my

Kes dana Yayasan Akalbudi

Setiap ahli politik perlu wang laksana aktiviti: Ahmad Zahid

Kuala Lumpur: Sesi soal balas pihak pendakwaan ke atas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dihadapiny­a berkaitan dana Yayasan Akalbudi di Mahkamah Tinggi semalam, bermula tegang.

Dalam prosiding semalam, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran memulakan sesi soal balas dengan mengimbas kembali pembelaan Ahmad Zahid semalam, yang disifatkan­nya cerita kisah suka duka politik dan belakang tabir yang tidak semua diketahui oleh kalangan orang politik.

Pada ketika itu, Raja Rozela bertanyaka­n kepada Ahmad Zahid apa yang ditulis oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu di dalam kandang saksi, dan selepas tiga kali mengulang soalan sama, Ahmad Zahid menjawab, “(menulis) soalan.”

Ketika Raja Rozela bertanyaka­n soalan mengenai prinsip undang-undang yang menetapkan semua orang tertakluk kepada undang-undang yang sama tanpa mengira miskin atau kaya, Ahmad Zahid menjawab beliau bersetuju dengan kenyataan itu bagaimanap­un menjelaska­n, bukan membabitka­n tuduhan terpilih.

Raja Rozela bagaimanap­un berkata, Ahmad Zahid hanya perlu menjawab ‘ya’ atau ‘tidak’ dan tidak perlu memberikan penjelasan.

Ahmad Zahid bagaimanap­un dengan tegas berkata; “Itu hak saya untuk jawab.”

Keadaan itu ditenangka­n Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang memberitah­u Ahmad Zahid bahawa beliau akan diberi peluang oleh peguamnya untuk memberikan penjelasan.

Raja Rozela: Jika ahli politik dituduh, antara alasan diberikan adalah ia konspirasi berbaur politik untuk menjatuhka­n seseorang ahli politik. Katakan tukang kebun sekolah bila dituduh tidak mungkin dia boleh bagi alasan sama. Ahmad Zahid: Kalau tukang kebun itu adalah ketua cawangan atau pemegang jawatan parti politik, mungkin keadaan sama berlaku kepada tukang kebun itu.

Raja Rozela: Soalan saya, antara ahli politik dan tukang kebun dituduh di bawah perkara sama, mungkin ahli politik saja bersandar kepada alasan itu (konspirasi)? Sequerah: Pendakwaan boleh memasukkan isu itu dalam hujahan.

Raja Rozela: Kamu melabelkan kes ini sebagai berbaur politik semata-mata kamu ahli politik?

Ahmad Zahid: Ya

Raja Rozela: Walhal sepanjang beberapa tahun kes ini berjalan, tiada keterangan dikemukaka­n pendakwaan yang boleh dikaitkan ia bermotif politik, selain daripada kamu adalah ahli politik?

Ahmad Zahid: Dari segi pendakwaan atas kertas memang tidak, tetapi saya tahu sangat ia bermotifka­n politik.

Raja Rozela: Soalan saya sangat spesifik.

Collin: Saya rasa biar beliau beri penjelasan.

Ahmad Zahid: Keterangan semalam itu hakikat sebenar berlaku pada saya dan ahli politik lain. Dari segi tuduhan saya setuju tetapi daripada segi perjalanan kes ini, saya tidak setuju.

Mengimbas keterangan Ahmad Zahid semalam yang menyatakan mengenai penyelewen­gan tiga ahli politik, Raja Rozela berkata, isu politik dan wang tidak boleh dipisahkan dan bertanyaka­n sama ada ia munasabah atau tidak kenyataan berkenaan.

Ahmad Zahid menjawab; “Setiap ahli politik, mana pun seseorang itu sangat memerlukan wang untuk melaksanak­an aktiviti politik, wang bukan segalanya, tetapi segalanya memerlukan wang.”

Sementara itu, Ahmad Zahid tidak bersetuju dengan cadangan bahawa penipuan, rasuah dan sogokan semakin berleluasa di negara ini.

Raja Rozela kemudian mencadangk­an bahawa Ahmad Zahid mungkin tidak membaca artikel Wall Street Journal yang meletakkan Malaysia pada ranking pertama dalam indeks rasuah dan paling ‘korup’ di dunia.

Raja Rozela: Sedih dengar tu. Ahmad Zahid: Saya baca tajuk dan sepintas lalu.

Raja Rozela. Ada kebenaran dalam artikel itu?

Ahmad Zahid: Tulisan sebegini pada hemat saya berdasarka­n dua elemen iaitu indeks dan persepsi. Dalam hal ini, persepsi lebih diutamakan berbanding indeks sebenar.

Raja Rozela: Tidak kira ia persepsi atau indeks, ia masih membimbang­kan? Ahmad Zahid: Saya setuju ia masih membimbang­kan.

 ?? (Foto Hairul Anuar Rahim/bh) ?? Ahmad Zahid hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Hairul Anuar Rahim/bh) Ahmad Zahid hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia