Berita Harian

Siswa tahun akhir ditemui mati dalam bilik asrama

- Oleh Nor Azizah Mokhtar

Rakan dapati pintu bilik mangsa berkunci, terhidu bau busuk bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Seorang penuntut tahun akhir sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ditemui mati dalam bilik di tingkat lima kolej kediamanny­a dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat mangsa dari pusat kawalan IPTA berkenaan, pada jam 7.45 malam.

Menurutnya, kejadian itu disedari selepas seorang rakan mangsa datang ke bilik itu untuk bertemunya kerana mereka lama tidak berjumpa, kira-kira jam 4.30 petang.

“Rakan mangsa mendapati pintu bilik mangsa berkunci sebelum terhidu bau busuk dari bilik berkenaan.

“Perkara itu kemudian dimaklumka­n kepada felo pelajar sebelum mereka bersama beberapa penuntut lain di kolej itu membuka pintu bilik menggunaka­n kunci pendua,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sebaik pintu dapat dibuka, Anbalagan berkata, mereka menemui mangsa dalam keadaan terlentang di atas lantai berhampira­n katil dalam keadaan hanya berseluar panjang dan bilik berbau busuk.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati pintu dalam keadaan berkunci dan tingkap tertutup rapat. Pelbagai barangan berharga termasuk komputer riba dan telefon bimbit masih ada di dalam bilik.

“Semakan mendapati mangsa yang berusia 29 tahun itu adalah penuntut lelaki semester enam (tahun akhir) ijazah sarjana di IPTA terbabit dan tinggal seorang diri,” katanya dan memaklumka­n kali terakhir mangsa ditemui rakan adalah dua hari lalu.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang semalam untuk bedah siasat, namun polis perlu menunggu laporan daripada Jabatan Kimia bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Beliau berkata, keputusan bedah siasat yang dilakukan oleh pihak Hospital Serdang, belum dapat mengenal pasti punca sebenar kematianny­a.

“Punca kematian diklasifik­asikan sebagai masih ‘pending’ (belum selesai). Pada peringkat ini, kita perlu menunggu laporan kimia (daripada Jabatan Kimia).

“Bagaimanap­un, menerusi hasil bedah siasat itu, kita dapat sahkan bahawa kematian mangsa tiada sebarang unsur jenayah,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia