Berita Harian

Warga emas didakwa rogol, amang seksual dua beradik

-

Butterwort­h: Lelaki warga emas dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas 17 pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua beradik antara Januari 2014 hingga Mac tahun lalu.

Tertuduh, Ashaari Ibrahim,74, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicaraka­n ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Noraini Yusoff dan Noorhayati Mohd Yunus.

Mengikut enam pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Noraini, tertuduh didakwa merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia tujuh tahun, antara 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2020.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah di Perai dalam daerah Seberang Perai Tengah, dekat sini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376(1) (e) Kanun Keseksaan dan Seksyen

14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Sementara itu, bagi

11 lagi pertuduhan hadapan Hakim Norhayati, tertuduh didakwa merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang lagi kanak-kanak perempuan.

Berdasarka­n pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kedua-dua perbuatan ke atas kanak-kanak yang ketika itu berusia lima tahun yang juga kakak kepada mangsa pertuduhan pertama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi sama antara 1 Januari 2014 hingga Mac 2021.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1)(e) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.

Tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh, sebelum kedua-dua hakim menetapkan 29 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan tertuduh melantik peguam.

 ?? ?? Ashaari Ibrahim
Ashaari Ibrahim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia