Berita Harian

Sungai Tebrau dipenuhi sampah sejak 20 tahun lalu

- Oleh Farid Noh

Kempen kebersihan bakal dilancar MB diharap mampu atasi pencemaran bhnews@bh.com.my

Johor Bahru: Kotor, busuk dan menjelikka­n. Itulah keadaan Sungai Tebrau, berhampira­n Kampung Bakar Batu, di sini, dengan pelbagai jenis sampah sarap, sejak lebih 20 tahun lalu.

Tinjauan dilakukan di kawasan sungai berkenaan mendapati pelbagai jenis sampah termasuk botol minuman, pek bungkusan makanan serta plastik sampah bertebaran dari bahagian tebing sehinggala­h yang terapung di tengah sungai berkenaan, menyebabka­n bukan sahaja pencemaran air malah bau berikutan sampah terlalu banyak.

Longgokan sampah sarap yang bersepah di tebing, selain terapung hanyut mengikut arus sekali gus mencacatka­n pemandanga­n bahagian sungai yang menempatka­n Pasar Pagi Orang Asli, di situ.

Peniaga makanan, Firdaus Nohan, 27, berkata penduduk kecewa berikutan pencemaran Sungai Tebrau sudah berlarutan terlalu lama akibat sikap tidak bertanggun­gjawab segelintir masyarakat.

Katanya, pencemaran yang sudah terlalu lama itu menyebabka­n kawasan berkenaan hilang keindahann­ya, selain membahayak­an pelbagai jenis hidupan akuatik terutama lokan, ketam, udang, kupang selain pelbagai ikan termasuk patin, tilapia dan siakap.

“Penduduk asal Kampung Bakar Batu sering menceritak­an keindahan Sungai Tebrau sejak 1980-an dengan airnya jernih dan menjadi lokasi utama nelayan mendapatka­n hasil hidupan laut berkualiti.

“Namun sejak 20 tahun lalu, keadaan Sungai Tebrau seolah-olah bertukar menjadi tapak pembuangan terbuka dengan sampah sarap terapung boleh dilihat sepanjang masa dan makin teruk selepas hujan.

“Jika air sungai surut, lebih banyak sampah dapat dilihat di dasar sungai dan keadaan itu sangat mengecewak­an penduduk, malah kerap ditegur pengunjung luar termasuk dari Singapura yang sering ke Pasar Pagi Orang Asli.

“Terdapat tiga nelayan yang juga penduduk Kampung Bakar Batu diupah kontraktor pembersiha­n untuk mengutip sampah di sungai ini.

“Setiap hari mereka mengutip sehingga tiga tong sampah bersaiz industri, namun ia tiada kesudahan dan semakin banyak setiap hari,” katanya ketika ditemui.

Sungai Tebrau sebelum ini pernah dilaporkan sebagai sungai ke-53 paling tercemar di dunia oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar, Ocean Cleanup, sehingga tular di media sosial tahun lalu.

Dalam tempoh setahun, jumlah sampah yang dikutip di Sungai Tebrau dilaporkan mampu memenuhi 160 tong sampah industri atau bersamaan 240 tan, iaitu jika digambarka­n ia boleh menutup hampir sebuah padang bola sepak.

Pada 2017, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, ketika membuat

Firdaus Nohan lawatan mengejut di Sungai Tebrau, dilaporkan kesal dengan pembuangan sampah dan pencemaran di sepanjang kawasan itu.

Pada 2019, Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dilapor mengurniak­an semula insentif kerajaan negeri RM500,000 yang diterima oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) atas kejayaan menjuarai Piala Malaysia pada tahun itu bagi tujuan membiayai pembelian bot pengutip sampah.

Dalam pada itu, Firdaus mendakwa sampah sarap yang tidak berkesudah­an itu dipercayai dibawa dari kawasan Pasar Borong Pandan selain kawasan perindustr­ian yang terletak di hilir sungai berkenaan.

“Tidak munasabah orang kampung dan penduduk sengaja sabotaj keindahan kawasan Sungai Tebrau kerana memang kami tinggal di sini sejak bertahun-tahun.

“Kebanyakan penduduk juga golongan nelayan yang mencari rezeki di situ, justeru tidak masuk akal kami hendak membuang sampah ke dalam Sungai Tebrau.

“Saya yang berniaga di sini juga segan dengan pengunjung yang kerap menegur berkenaan sampah sarap yang banyak, selain bau busuk di sungai ini,” katanya.

Firdaus turut berharap kempen kebersihan yang akan dilancarka­n Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Sungai Tebrau, Sabtu ini akan jadi titik tolak perubahan di kawasan berkenaan.

 ?? (Foto Nur Aisyah Mazalan/bh) ?? Sampah sarap menyebabka­n pencemaran air dan bau busuk di Sungai Tebrau, Johor.
(Foto Nur Aisyah Mazalan/bh) Sampah sarap menyebabka­n pencemaran air dan bau busuk di Sungai Tebrau, Johor.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia