Berita Harian

Domino’s Pizza sokong usaha perkasakan TVET

-

Kuala Lumpur: Domino’s Pizza Malaysia menyokong pemerkasaa­n dan pembanguna­n program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan memberi peluang latihan kepada belia terutama pelajar yang bakal menjadi peneraju masa depan dalam industri.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Shamsul Amree Abdul Rahman, berkata menerusi latihan yang diberikan, pihaknya akan memberi pendedahan dan pengalaman yang membolehka­n pelajar mendapat manfaat dalam dunia pekerjaan kelak.

Beliau berkata, selain bekerja, pelajar juga dapat menimba kemahiran bukan hanya dalam bidang operasi perniagaan berteraska­n makanan, tetapi termasuk pengurusan perniagaan.

“Pihak kami juga akan berkongsi dan memberi pendedahan yang lebih meluas dalam bidang terbabit kepada pelajar yang berminat menimba pengalaman dan kemahiran.

“Selain mampu meningkatk­an kecekapan, pelajar juga dapat membina jati diri dan disiplin yang tinggi dalam suasana pekerjaan sebenar,” katanya selepas meraikan kakitangan editorial The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) dengan jamuan pizza sempena ulang tahun Domino’s Malaysia ke-25 tahun, di Balai Berita, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pengarang Kumpulan BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an.

Shamsul Amree berkata, latihan asas yang diberikan turut membuka peluang kepada pelajar menjadi usahawan dan peniaga yang berjaya.

“Pelajar yang bekerja dengan kami sama ada dalam tempoh tiga atau enam bulan mahupun dalam tempoh setahun, akan berubah menjadi individu yang berbeza daripada sebelumnya.

“Ia dapat dilihat menerusi cara mereka berfikir, kemahiran dan kebolehan serta karakter positif yang baik sepanjang menimba pengalaman bersama kami,” katanya.

Mengulas memorandum persefaham­an (MOU) antara Domino’s Malaysia dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Johor bagi mengadakan kerjasama strategik dalam memberi latihan kepada pelajarnya, Shamsul Amree berkata, pihaknya mengalu-alukan jika ada institusi pengajian tinggi lain berminat dalam perkara sama.

“Kami terbuka dan bersedia menjalin kerjasama dengan universiti lain di negara ini yang berminat untuk menganjurk­an program sama dalam usaha melahirkan tenaga kerja berpengala­man dan berkemahir­an khususnya dalam industri makanan,” katanya.

 ?? (Foto Rohanis Shukri/bh) ?? Zaini (kiri) dan Shamsul Amree (tiga dari kanan) bersama kakitangan Domino’s Pizza meraikan sambutan ke-25 tahun Domino’s Pizza Malaysia di Balai Berita, semalam.
(Foto Rohanis Shukri/bh) Zaini (kiri) dan Shamsul Amree (tiga dari kanan) bersama kakitangan Domino’s Pizza meraikan sambutan ke-25 tahun Domino’s Pizza Malaysia di Balai Berita, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia