Berita Harian

Antaranya:

-

1 JANGAN BERLATIH MELAMPAU

Kebanyakan individu yang menjalani latihan di gimnasium biasanya akan terus melakukan bench press, incline bench press atau decline bench press, tidak cukup dengan barbell, mereka menggunaka­n dumbbell. Namun, sebenarnya untuk membesarka­n otot dada tidak memerlukan latihan yang banyak. Apa yang diperlukan adalah senaman jenis tolakan seperti bench press dan incline press.

2 MULAKAN MULAKAN SENAMAN DI BAHAGIAN ATAS BADAN

Majoriti lelaki memiliki kelemahan pada bahagian atas badan seperti dada dan lengan. Oleh itu mulakan senaman dengan memberikan tumpuan pada bahagian ini.

3 BUKA TANGAN

Jika selama ini anda melakukan bench press dengan satu kedudukan tangan, apa kata buka sedikit sehingga anda betul-betul rasa pada bahagian dada. Tidak guna anda hanya boleh mengangkat bebanan, tetapi tidak melakukann­ya dengan bersungguh­sungguh. Sebaiknya lakukan latihan dengan mengerjaka­n otot dada dan bahu secara selari kerana keduaduany­a saling berkaitan.

4 TEKAN DADA

Apabila melakukan bench press ataupun dumbbell press, apabila berada di atas, tekankan atau flex dada anda, kemudian baru menurunkan bebanan.

5 JANGAN TERLALU LAJU

Dalam latihan biasa anda tidak perlu melakukan pergerakan terlalu laju. Jika mengikut sistem latihan biasa, lakukan dalam empat saat turun dan naik. Keadaan ini membuatkan otot anda benar-benar bekerja. Jika sudah berjaya sekali, cuba buat jenis letupan (explosive) iaitu naik dan turun selaju mungkin dan ini hanya boleh dilakukan dalam masa dua minggu sekali.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia