Berita Harian

Sifat pelindung bapa mampu elak anak terjebak gejala sosial

Peranan ketua keluarga penting wujud keharmonia­n rumah tangga

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Seorang bapa perlu bersifat sebagai pelindung dalam keluarga, supaya anak dapat merasai diri mereka sentiasa dalam keadaan selamat dan rasa disayangi.

Pegawai Psikologi yang juga Kaunselor Berdaftar Bahagian Kesejahter­aan Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN), Md Noh Saiman, berkata namun terdapat banyak kes bapa bersifat sebaliknya.

Katanya, bapa yang tidak menunjukka­n sifat pelindung kepada anak boleh menyebabka­n mereka berasa kurang selesa, sekali gus mudah terbabit dengan perkara tidak sepatutnya.

“Jika bapa gagal hadir dalam sesebuah keluarga untuk bersifat sebagai pelindung, anak dibimbangi boleh terbabit dengan gejala sosial.

“Bapa disifatkan sebagai pelindung dalam keluarga dan jika itu tiada, keluarga akan rapuh,” katanya pada Program Bicara Kasih Keluarga yang diadakan dalam talian sempena Sambutan Hari Bapa 2022, baru-baru ini.

Mengulas lanjut Md Noh berkata, jika berlaku perkara sedemikian, sudah pasti akan berasa tidak selesa dengan kehadiran bapanya, walaupun di dalam rumah.

Katanya, keadaan itu dapat dilihat apabila jika secara tiba-tiba bapa mahu memulakan perbualan, anak akan cuba mengelakka­n daripada berbual.

“Jika anak enggan berbual dengan bapa mereka, ia menunjukka­n terdapat masalah komunikasi serta konflik dan ia perlu dibetulkan segera,” katanya.

Beliau berkata, bapa ketika ini juga perlu bersifat terbuka dan tidak hanya menyalahka­n anak jika berlaku sesuatu tidak diingini.

Ada bapa berasakan apa dilakukan mereka betul dan terbaik sebaliknya perlu juga mendapatka­n pendapat anak terlebih dahulu.

“Akibat perubahan zaman, pemikiran anak sekarang tidak sama dengan kita sebelum ini jadi perlu ada penyesuaia­n.

“Malah, ibu bapa juga perlu sentiasa bersedia dengan apa juga situasi dan keadaan yang bakal dihadapi anak pada era ini.

“Jadi jalan terbaik untuk mengelak sebarang masalah, amalkan sentiasa bermaafan sesama sendiri supaya hati kedua-dua pihak lebih tenang,” katanya.

Md Noh berkata, walaupun bapa disifatkan tegas dan sukar untuk menunjukka­n kasih sayang, mereka masih seorang mempunyai perasaan.

Katanya, walaupun mempunyai perasaan, satu kelemahan bapa iaitu mereka banyak memendam perasaan kerana tidak tahu cara untuk meluahkann­ya.

“Gagal meluahkan perasaan

Md Noh Saiman

boleh menyebabka­n berlaku isu kesihatan mental, justeru golongan ini juga perlu bijak meluahkan perasaan dengan banyakkan bercakap mengenai masalah yang dihadapi.

“Tidak salah bapa meluahkan perasaan terpendam dengan menangis jika itu dapat melegakan tekanan yang dihadapi.

“Jika gagal luahkan perasaan dibimbangi mereka akan mudah menjadi marah dan menyebabka­n orang sekeliling, terutama pasangan menjadi salah faham pula,” katanya.

Justeru, anak juga perlu sentiasa menghormat­i perasaan bapa dengan memberi perhatian sama rata antara ibu dan bapa supaya tiada sesiapa yang berkecil hati.

Selain itu katanya, tidak salah memberikan kejutan dan hadiah kepada bapa terutama pada hari lahirnya dan ketika sambutan Hari Bapa.

“Namun paling mudah bagi mereka yang jarang berjumpa bapa, setiap kali berjumpa peluk dan katakan kita bangga menjadi anak mereka.

“Pasti akan terbit rasa kelainan pada diri masing-masing, malah akan berasa tidak janggal lagi untuk terus melakukann­ya setiap kali berjumpa.

“Selagi ayah masih ada, tidak salah untuk melakukann­ya kerana jika mereka sudah tiada sudah pasti akan merasa kehilangan,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? Bapa bersifat pelindung dan penyayang mengukuhka­n institusi kekeluarga­an.
(Foto hiasan) Bapa bersifat pelindung dan penyayang mengukuhka­n institusi kekeluarga­an.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia