Berita Harian

Tingkat kesedaran hukum berkaitan darah wanita

-

Kuala Lumpur: Ramai wanita, termasuk golongan remaja kurang pengetahua­n agama mengenai perkara asas dan hukum berkaitan darah wanita, termasuk cara menyucikan diri serta hal berkaitan ibadat.

Justeru, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmat­an Awam (Puspanita), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI) mengambil langkah meningkatk­an pengetahua­n mengenai hukum hakam, jenis darah wanita haid, nifas dan wiladah dengan mengedarka­n risalah mengandung­i pelbagai maklumat berkaitan perkara itu

Ketua Biro Kerohanian Puspanita JAWI, Zarliza Ramli, berkata berdasarka­n pemerhatia­nnya, bab darah wanita kurang diberi perhatian sedangkan ia aspek penting berkaitan ibadat seperti mandi wajib dan solat.

“Saya lihat suami tidak mengajar isteri dan anak perempuan mereka, malah penceramah juga jarang bawa isu bab darah wanita dalam kuliah agama.

“Bab darah wanita ini tidak popular dalam kalangan masyarakat, ditambah pula kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan pandemik COVID-19. Ia antara faktor ramai yang tercicir kerana program kesedaran mengenainy­a sukar dilaksanak­an,” katanya.

Zarliza berkata, ramai masyarakat yang masih tidak tahu perkara asas mengenai darah wanita.

“Misalnya kewajipan menunaikan solat selepas tempoh haid melebihi 15 hari, selain wanita hamil yang menunggu waktu melahirkan anak tidak solat.

“Contohnya, ketika menunggu di wad bersalin air ketuban pecah, sedangkan mereka masih wajib menunaikan solat, tak perlu mandi wajib, cuma bersihkan air ketuban, ambil wuduk, kemudian solat seperti biasa mengikut kemampuan.

“Bagi darah istihadah, jika sudah melebihi 15 hari, perlu mandi wajib dan solat. Jika masih terdapat darah, pakai tuala wanita dan kemudian boleh solat seperti biasa,” katanya.

“Kami sediakan risalah berkaitan ilmu berkaitan hukum darah wanita itu juga atas permintaan Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.

“Kementeria­n itu akan mengedarka­n risalah bersama dengan kit sumbangan barangan berkaitan wanita ketika melawat pesakit wanita di hospital di seluruh negara,” katanya.

Risalah itu sebagai bahan bacaan ringkas dan santai, namun sarat ilmu serta bersesuaia­n untuk semua peringkat termasuk membabitka­n pesakit dirawat di hospital.

Beliau berharap kementeria­n itu dapat memperluas­kan inisiatif itu dengan menggerakk­an program penataran dari satu wad ke wad lain di hospital supaya masyarakat mendapat penjelasan yang lebih lengkap dan terperinci mengenai hukum hakam darah wanita.

Puspanita JAWI juga mahu memperluas­kan aktiviti dakwah berhubung topik darah wanita melalui penganjura­n kuliah di masjid dan surau di Wilayah Persekutua­n.

“Pada peringkat remaja khususnya di sekolah, JAWI ada melaksanak­an program pengurusan akil baligh bagi memberi pendedahan mengenai tatacara dan hukum mengenai pelbagai jenis darah.

“Ilmu mengenai darah ini tidak boleh diambil ringan oleh ibu bapa.

“Saya lihat ibu bapa bila anak gadis mula datang haid, mereka hanya tumpu dan ajar cara nak cuci darah dan bersihkan diri. Ada yang mengabaika­n soal hukum hakam dan panduan betul mandi wajib dan solat,” katanya.

Ramai masyarakat yang masih tidak tahu perkara asas mengenai darah wanita Zarliza Ramli,

Ketua Biro

Kerohanian Puspanita JAWI

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia